02 Julai 2012

Bufffon: EPL musnahkan England

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENJAGA gol Itali dan Juventus, Gianluigi Buffon percaya kebanjiran pemain asing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi faktor kegagalan pasukan kebangsaan England di peringkat antarabangsa.

Katanya, pemain asing lebih menonjol dalam EPL sehingga menenggelamkan bakat pemain Inggeris. "Mempunyai liga yang kompetitif tidak semestinya memiliki ramai pemain yang bagus.

"Untuk beberapa tahun, EPL muncul sebagai antara liga terbaik di dunia, namun ia tidak memberikan kebaikan kepada pasukan kebangsaan England.

"Ramai pemain Inggeris yang bergelut untuk bersaing dengan pemain asing sehingga menyukarkan jurulatih mengenal pasti potensi sebenar mereka," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: