2 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
DOHA - Qatar, kelmarin melancarkan pelan pembinaan semula Gaza
membabitkan kos berjumlah AS$254 juta (RM773 juta) yang dibiayai
sepenuhnya oleh negara itu.
Projek yang diumumkan oleh Duta Qatar, Mohammed Al-Amadi akan dimulakan dalam tempoh tiga bulan dan ia memerlukan kerjasama dari Israel serta Mesir bagi membenarkan jentera berat dan bahan binaan dihantar ke Gaza.
Al-Amadi berkata, segala rancangan telah diatur dengan teliti dan ia akan dimulakan dengan projek pembinaan lebuh raya di sepanjang pesisir pantai Mediterranean.
"Mengikut dasar kami, selepas kesemua projek pemulihan infrastruktur ini selesai, ia akan diserahkan kepada kementerian berkaitan. Dasar ini telah diguna pakai sebelum ini dan Gaza tidak terkecuali.
Keputusan kami untuk memberikan bantuan dana kepada Gaza juga bukan atas pengaruh politik kerana projek itu sebenarnya lebih memberi manfaat kepada penduduk," jelasnya.
Di bawah projek pemodenan Gaza tersebut, sebanyak tiga jalan utama akan dipulihkan, sebuah bandar baru akan diwujudkan termasuk hospital dan kediaman selesa untuk penduduk.

Projek pembinaan yang mendapat suntikan dana terbesar dari negara luar
itu diharap dapat mengubah cara hidup 1.6 juta penduduk di Gaza dan
memberi peluang pekerjaan kepada 28 peratus penganggur di negara
itu.-Reuters
1 ulasan:
Bila ada syarat mendapat persetujuan Israel alamat lambat sianglah hajat Qatar tu..... Begitu juga dengan kempen kutipan derma untuk Palaestin, tah ke manalah sampainya sumbangan tsb.
Catat Ulasan