30 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
AYER KEROH – Keadaan sungai dan persekitaran berhampiran Pangsapuri
Taman Tasik Utama, di sini suatu ketika dahulu keliha-tan bersih selepas
usaha pembersihan dilakukan lebih empat bulan lalu.
Namun, transformasi melalui projek perindahan yang dilaksanakan Jabatan
Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri di Taman Persisiran Sungai Tasik
Utama itu hanya sekadar indah untuk beberapa bulan saja.
Kini, terdapat semula longgokan sampah sarap yang mencemarkan kawasan persekita-ran berkenaan.
Bungkusan plastik termasuk sisa makanan bertaburan di tempat melakukan
aktiviti riadah penduduk di kawasan Ayer Keroh itu menimbulkan rasa
kurang senang terutama bagi mereka yang menetap di perumahan pangsa
berhampiran.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hanaliza, 27,
berkata, keadaan itu mencemarkan pandangan mata penduduk rumah pangsa
Taman Tasik Utama yang sering menjalankan aktiviti riadah tidak kira
peringkat usia di taman rekreasi tersebut.
Menurutnya, pungutan sampah dan kerja-kerja pembersihan di sekitar
taman berkenaan dilakukan secara tidak berkala antara faktor taman yang
mempunyai jambatan sungai, trek laluan pejalan kaki dan joging serta
peralatan senaman itu kotor.
“Tidak dinafikan keadaan dasar sungai memang bersih, namun agak mengecewakan apabila terdapat banyak bungkusan plastik makanan dan minuman di atas rumput selain limpahan sampah di tong sampah dan kawasan tong itu.

“Biarpun, dasar sungai bersih, namun terdapat juga sampah-sampah yang
tersangkut atau ‘bersidai’ di bawah jambatan yang tidak dibersihkan dan
keadaan ini sekaligus memberi pandangan negatif orang luar terhadap
penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sungai ini,” katanya kepada
Sinar Harian di sini, semalam.
Hanaliza berkata, pungutan sampah hanya dilakukan pihak berkaitan di tong sampah besar disediakan berhampiran pangsapuri tersebut, namun tidak di kawasan sekitar sungai.
Aduan di tiga agensi
Hanaliza berkata, pungutan sampah hanya dilakukan pihak berkaitan di tong sampah besar disediakan berhampiran pangsapuri tersebut, namun tidak di kawasan sekitar sungai.
Aduan di tiga agensi
Sementara itu, Pengerusi Rumah Pangsa Taman Tasik Utama (9C), Hussin
Hassan berkata, pihaknya pernah membuat aduan terhadap tiga agensi,
bagaimanapun hanya dua yang mengambil tindakan.
“Sungai dan kawasan siar kaki di situ tidak termasuk di dalam kawasan
perumahan pangsa yang mempunyai lebih 10 blok pangsapuri ini.
“Tetapi, kira-kira lima bulan lalu, saya pernah membuat aduan mengenai kawasan persekitaran sungai yang kotor itu kepada Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ), SWM Environment Sdn Bhd dan JPS. Cuma MPHTJ dan SWM saja yang ambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, keadaan persekitaran itu turut melahirkan kebimbangannya
kerana mendedahkan penduduk dengan ancaman kesihatan berikutan
penyelenggaran yang tidak konsisten dan efektif pihak terbabit.
Penduduk perlu beri kerjasama
Penduduk perlu beri kerjasama
Sementara itu, Pengarah JPS, Ir Gapar Asan berkata, penduduk
berhampiran sewajarnya memainkan peranan untuk membantu mengekalkan
keindahan di Taman Persisiran Sungai itu serta tidak mengharapkan 100
peratus tindakan daripada agensi terbabit selain kerajaan.
“JPS membantu penduduk di kawasan perumahan itu melalui projek perindahan di bawah peruntukan kira-kira RM1 juta bagi mentransformasi persisiran sungai membabitkan beberapa kawasan sungai di negeri ini.
“Bagaimanapun, kesedaran menjaga kebersihan oleh individu atau penduduk di kawasan berhampiran perlu ada untuk menjamin pengekalan keindahan sungai dan persisirannya tanpa terlalu bergantung kepada agensi terlibat dan kerajaan,” katanya.
Menurut Gapar, pihaknya yang pernah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar di taman itu pada Jun lalu akan meletakkan papan tanda peringatan menjaga kebersihan di kawasan itu dalam masa terdekat.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan