31 Disember 2012

YDP majlis agama bersama sambut tahun baru

17 Safar 1433H. [MOD] -


BUTTERWORTH: Buat pertama kalinya Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (YDP MAIPP) diundang khas untuk bersantai bersama rakyat ketika sambutan tahun baru 2013 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Butterworth pada malam 31 Disember 2012 malam ini.

Demikian kata pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Pewaris MAIPP, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden kepada Harakahdaily.

Menurutnya, kehadiran YDP MAIPP, Datuk Saleh Man sekitar pukul 11.00 malam ini semata-mata untuk mendekatkan MAIPP dengan orang ramai di samping menyampaikan sedikit ucapan sebagai buah tangan setelah dilantik menerajui MAIPP baru-baru ini.

"Kita buat kelainan terhadap sambutan tahun baru 2013 dengan menampilkan buat pertama kalinya YDP MAIPP, Datuk Saleh Man (gambar kanan) ketengah kemeriahan rakyat menunggu detik jam 12.00 tengah malam menandakan tibanya tahun baru 2013.  Kehadiran Datuk Saleh tidak disia-siakan sebaliknya memberikan sedikit ucapan kepada rakyat yang ada
di tempat berkenaan," ujarnya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Antara pengisian program di malam berkenaan ialah konvoi motosikal berkuasa tinggi dan ARC yang berkumpul jam 8.00 malam di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, Persembahan Qasidah, slot H.E.M.O.I Anak Muda, edaran risalah, count down 2013, tayangan multimedia, solat berjemaah, kaunter pendaftaran PEWARIS dan sebagainya.

Program yang dinamakan Operasi Sayangi Masyarakat itu dilaksanakan dengan kerjasama 11 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang.

Ianya bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kedatangan tahun baru di samping berusaha mengerakkan dakwah  dalam bentuk santai sesuai dengan kehendak remaja masa kini.

"Kita akan buat yang terbaik malam itu Insya Allah.., " katanya bersemangat.

harakah/-

Tiada ulasan: