23 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya,
seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan,
lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya
parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan
kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu
Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi
mengajar.
Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.
Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.
Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan