14 April 2013

21 hari saja lagi, bantu rakyat cukup maklumat

3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


TEMERLOH: Hanya 21 hari sahaja lagi sebelum hari mengundi pada 5 Mei nanti.

Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru agar warga internet membantu menjayakan misi ‘Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.’

Menulis di Facebooknya, Tuan Ibrahim menyeru setiap posting yang di’Like’ haruslah disharekan kepada rakan-rakan yang lain.

Ini adalah mesej beliau:

“Assalamualaikum.


Mohon kerjasama untuk 21 hari akan datang, setiap posting yang kita 'Like' - kita 'Share' kan juga kepada rakan-rakan kita yang lain.



Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.



"Senyum,” tulis beliau.


Ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi, Tuan Ibrahim juga menyeru anak-anak muda menjadi agen perubahan dan agen membawa maklumat balik ke kampung masing-masing.

“Jadilah jurucakap dan memberi penjelasan mengenai sesuatu isu dari dimensi lain selain apa yang diceritakan kepada masyarakat kampung melalui media tradisional. Balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan negara yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga sebelum mengundi,” tegasnya lagi.

Tuan Ibrahim berkata membuat rakyat bermaklumat adalah satu proses pen-demokrasian yang penting dalam pilihanraya kali ini.

“12 pilihanraya yang lalu, masih terdapat sebahagian besar rakyat tidak mendapat cukup maklumat sebelum mengundi. Di PRU13, diharap dengan tenaga-tenaga anak-anak muda dan warga yang celik internet, kita berharap sungguh majoriti rakyat kali ini dapat mengundi dalam keadaan cukup maklumat, demi keadilan keseluruhannya,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: