14 April 2013

PM Palestin letak jawatan

3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Presiden Mahmud Abbas semalam, kata pegawai kerajaan itu. 

"Fayyad bertemu Abbas selama setengah jam di ibu pejabat presiden di Ramallah, Tebing Barat dan secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatan," kata pegawai berkenaan. 

Abbas dan Fayyad bermusuh berikutan kritikan terhadap dasar ekonomi perdana menteri terbabit yang dilaksanakan dalam pergerakan Fatah tetapi Washington melobi kuat supaya ekonomi berasaskan Amerika Syarikat kekal di situ. 

Khabar angin menyatakan Fayyad akan meletak jawatan atau diarah supaya meletak jawatan oleh Abbas semakin memuncak dalam beberapa minggu lalu selepas 
permusuhan sekian lama membabitkan portfolio kewangan. 

Menteri Kewangan, Nabil Qassis mengumumkan pada 2 Mac lalu bahawa beliau akan meletak jawatan. 

Fayyad bersetuju meletak jawatan tetapi Abbas yang berada di luar negara ketika itu menolak. - AFP 

Tiada ulasan: