26 April 2013

Buruh maut jatuh bangunan

15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

CHE SUZA CHE HITAM

CHE SUZA CHE HITAM
KEMAMAN – Seorang buruh binaan maut selepas terjatuh dari anjung tinjau setinggi tiga tingkat yang masih dalam pembinaan di tapak projek rekreasi Jeram Tanduk, di sini, petang kelmarin.

Akibat kejadian malang kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Amran Aziz, 42, yang ketika itu sedang bekerja, mengalami kecederaan teruk di seluruh badan.

Mangsa yang beralamat di Jalan Balai Besar, Dungun kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman dan bertarung nyawa selama satu jam setengah sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bedah siasat yang selesai dilakukan pada jam 11.30 malam mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan paru-paru, hati dan buah pinggangnya pecah.

“Selain mengalami kecederaan dalaman yang teruk, mangsa turut patah tangan kiri. Jenazah kemudian diserahkan kepada ibu mangsa untuk dikebumikan di Dungun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan buruh binaan yang melakukan kerja di bangunan yang tinggi agar sentiasa mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini di tapak projek yang terdedah bahaya.

Sinar/-

Tiada ulasan: