26 April 2013

Murtad 21 tahun

Foto15 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Seremban: Dua puluh satu tahun lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan.

“Syukur Allah membuka pintu hati saya kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu. Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. “Persoalan itu yang akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti agama lain,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.

“Kerana cinta, saya ketepikan perasaan keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama dianuti suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun.

meteo/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pada org yg mengatakan islam belum ujud sebelum Nabi muhammad,dah lama ujuddah cuma ianya telah dsempurnakan oleh Allah melalui utusan terakhirnya muhammad saw rasul ter akhir....jika engkau mengetahui kedudukan Muhammad di sisi Allah engkau pasti merasa rendah diri yg amat sangat,dan bersyukur walau hanya mengenali namanya,dan rindu pada orangnya,...ingatlah jika di dunia ada penjara apakah mustahil di akhirat tiada neraka,sedangkan kita hidup hanya pandai kata antara dua sahaja,
1.di sini sejuk sangatlah
2.adoi panas sangatlah tak tahan lah
sejuk adanya panas ,syurga adanya neraka....mungkin banyak yg tanya
mengapa mesti ada neraka,kerna ianya sempadan garisan kebebasan manusia yg di ciptanya......tamadun manusia akan musnah hidup sperti binatang malah lebih teruk lagi,itulah hakikatnya,yg pasti dunia ini adalah ujian siapa yg berhak mewarisi syurga milik Allah,contoh andai siapa rajin menkaji pelajaran akan beroleh pelbagai kemewahan dunia,yg tak bersungguh tentulah kecundang kureng....kajilah kunci syurga Allah...Allahualam,berpesan pesan atas kebenaran,astagfirullah al azim fom s abah