12 April 2013

DUN Sg Acheh: Sedia akur keputusan parti

1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Siapa calon bukan soal utama tetapi memperkukuh Pakatan untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN harus dijadikan matlamat utama, kata CheguBard.
PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard sedia akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan  parti berhubung kedudukannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

“Saya meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam satu  kenyataan media.
Beliau memberi respon tentang pengumuman beliau sebagai calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai  Acheh oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Osman pada 9 April lalu.
Namun sehari selepas itu,  Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man mengumumkan bahawa kerusi itu akan ditandingi oleh Ketua  Pemuda PAS negeri Mohd Yusni Md Piah.
Tetapi bagi CheguBard bertanding dalam PRU ini bukanlah sasaran beliau dan mengulangi pendiriannya bahawa beliau bersedia menjadi  jentera biasa untuk membantu kemenangan Pakatan.
Menurutnya, memikirkan soal kerusi dan siapa bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh Pakatan dalam usaha   menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) harus dijadikan matlamat utama.
CheguBard yang juga pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) seterusnya menyeru semua anak muda perbagai peringkat menyatukan kekuatan bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN.
“PRU 13 ini merupakan PRU penting untuk membuat perubahan besar,” ujar beliau.
FMT/-

2 ulasan:

special task force berkata...

buat malu pas jer. kerusi pkr tu. kenapa tak usaha tawan kerusi pas di penang.

special task force berkata...

buat malu pas jer. kerusi pkr tu. kenapa tak usaha tawan kerusi pas di penang.