12 April 2013

2 kereta aktivis Tolak dipecahkan di Perak

1 Jamadil Akhir  1434 H. [MOD] -



BAGAN SERAI: Jelajah Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) sekali lagi dilanda musibah apabila dua buah kereta aktivis Tolak malam tadi telah dipecahkan cermin semasa siri jelajah gelombang tersebut di negeri Perak.

Kejadian ini berlaku di Bagan Serai iaitu destinasi fokus aktivis Tolak di Perak.

Menurut saksi kejadian yang juga merupakan pemilik kereta, Raja Aina, kejadian berlaku dijangkakan pada jam 10.30 malam apabila beliau hendak keluar dari kediaman rumah yang ditumpanginya untuk mengambil barang daripada kereta tersebut.

Pada ketika itu juga sedang berlangsung Ceramah Kebangkitan Anak Muda yang dianjurkan Tolak yang menyebabkan kebanyakan aktivis Tolak bertumpu di tempat ceramah tersebut.

Kejadian ini disyaki berunsur khianat apabila pada sebelah pagi dan petang, Tolak telahpun berhadapan dengan provokasi oleh Umno BN semasa kempen kesedaran mengenai Tolak kepada masyarakat di Bagan Serai dekat sini.

“Kita sudah banyak kali berhadapan situasi diserang sebegini. Umno BN sudah takut dengan kebangkitan anak muda dan mahasiswa di seluruh negara. Kita tidak pernah takut dan gentar dengan mereka.

“Kita akan terus berjuang untuk menjatuhkan Umno BN walaupun kita terpaksa membayar harga yang mahal dengan macam-macam mehnah yang BN kenakan kepada kita,” kata jurucakap Tolak, Muhammad Azril Alias.

Jelajah Tolak sebelum ini telah berhadapan dengan keganasan dan serangan provokasi dari Umno BN di setiap negeri yang disinggahi.

Bermula di Johor apabila diserang semasa hendak memulakan jelajah, berterusan di Pulau Pinang semasa program penerangan disana.

Tolak membawa 7 agenda besar di dalam misi penerangannya kepada masyarakat dan antara salah satunya ialah Umno BN wajib ditolak kerana mengamalkan politik samseng dan lucah di dalam negara.

Jelajah diteruskan di Kelantan pada hari ini bermula di Medan Ilmu Kota Bharu yang akan diakhiri dengan Ceramah Anak Muda di Padang Perdana pada sebelah petang.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: