03 April 2013

Gelagat haiwan dapat ais

22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

BANGKOK - Haiwan-haiwan di Zoo Dusit di sini diberikan ais bagi tujuan untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas.

Pelbagai gelagat yang melucukan dapat disaksikan oleh para pengunjung ketika haiwan tersebut menjilat dan bermain dengan ais pelbagai warna.

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan suhu panas di bandar raya ini mencecah antara 38 hingga 40 darjah Celsius. - Agensi


Tiada ulasan: