03 April 2013

PRU 13: Bola ‘api’ mula bergolek

22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Perang besar BN dan Pakatan Rakyat bakal tertumpu kepada Johor dan Selangor tetapi tumpuan terarah kepada Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi kuasa kepada rakyat sama ada memilih beliau atau orang lain menerajui kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Najib berulang kali mahu mendapatkan mandat sekali lagi bagi meneruskan pembangunan dan khidmat kepada rakyat yang mula diusahakan sejak mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada awal April tahun 2009.
Manakala bagi pihak Pakatan Rakyat,misi untuk menawan Putrajaya akan digiatkan dengan mengemukakan tokoh-tokoh terbaik untuk menyakinkan rakyat supaya misi itu tercapai.
Dari segi pengumuman calon, Pakatan Rakyat mendahului lawannya dengan mengumumkan sebahagian calon pralimennnya di beberapa negeri tumpuan seperti Johor BN dan Pulau Pinang serta Pahang.
BN pula masih bersikap menyembunyikan calon-calonnya tetapi umum menjangkakan banyak sekali muka baru bakal diketengahkan kali ini. Ramai juga menteri dan ketua menteri bakal digugurkan jika diramal dari faktor usia dan perkhidmatan mereka.
Ramai yang memperkatakan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim;  Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan beberapa bekas menteri kabinet akan digugurkan kali ini.
Abdullah, Ku Li digugur?
Malah dua tokoh besar Umno – bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Kewangan – Tengku Razaleigh Hamzah  – spekulasi bertiup kencang bahawa mereka digugurkan kali ini.
Bagaimanapun, sehingga Najib tidak mengumumkannya, ia sekadar spekulasi semata-mata.Tetapi bolehlah dikatakan bahawa, pilihan raya umum ini hanya untuk parti-parti berkelas besar saja.
Pemain utama hanya berkisar kepada Umno, MCA, PAS, DAP dan PKR manakala parti-parti baru dan serpihan seperti parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Parti Progresif Penduduk (PPP) serta beberapa yang lain sekadar pemerhati sahaja.
Menjelang hari penamaan calon dan seterusnya pengundian, BN dijangka lebih tertekan kerana harapan besar untuk menebus kekalahan luar biasa pada tahun 2008 di mana buat pertama kali kehilangan majoriti dua pertiga.
Barangkali kelemahan pimpinan Abdullah sudah tangani tetapi banyak kerusi yang BN kalah masih berada dalam keadaaan sukar terutama kerusi-kerusi bandar majoriti pengundi Cina. Apatah lagi dengan kempen secara agresif dan berterusan oleh Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin popular itu sejak lebih setahun lalu telah melondehkan BN terutama beberapa pemimpin utama termasuk Najib serta Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mata tertumpu ke Johor, Selangor
Selangor dan Johor menjadi negeri tumpuan tetapi tidak boleh mengenepikan Pulau Pinang dan Kelantan kedua-duanya negeri diperintah Pakatan Rakyat. Begitu juga Perak yang pernah ditadbir Pakatan Rakyat selama setahun pada 2008.
Negeri Sembilan juga menarik kerana dalam pilihan raya 2008 ia hampir jatuh kepada Pakatan Rakyat.
Pahang, Melaka, Terengganu serta Sabah dijangka kekal kepada BN walaupun Pakatan Rakyat bermati-matian menyerang BN di negeri-negeri tersebut.
Sebagai satu lonjakan moral, banyak sekali tokoh-tokoh baru muncul bersama Pakatan Rakyat, antaranya bekas pegawai polis, tentera serta pegawai kanan kerajaan pusat.
Manakala peranan badan bukan kerajaan (NGO) juga elok untuk dilihat seperti Perkasa yang mirip parti politik tertentu.
Tetapi tidak syak lagi pilihan raya ini menjadi yang paling diperkatakan oleh rakyat jelata. Adakah rakyat memilih Najib atau Anwar?
FMT/-

Tiada ulasan: