03 April 2013

Protes tuntut tahanan Yaman di Penjara Guantanamo dibebas

22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Protes tuntut tahanan Yaman di Penjara Guantanamo dibebas
Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Sanaa, kelmarin sambil membawa potret tahanan yang ditahan di Kem Delta, Penjara Teluk Guantanamo. Foto: AFP
 
SANAA - Kira-kira 250 penunjuk perasaan di Yaman, kelmarin mengadakan protes di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara sebagai menuntut pembebasan saudara mereka yang ditahan di Penjara Teluk Guantanamo.

Dipetik AP, mereka turut menyerahkan surat kepada pegawai di kedutaan tersebut.

Difahamkan, 166 daripada banduan di penjara itu adalah warga Yaman yang ditahan di Afghanistan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan selepas insiden serangan 9/11.

Kumpulan hak asasi manusia di negara itu berterusan menggesa AS membebaskan lebih 80 tahanan Yaman yang masih ditahan di pusat tahanan tersebut sejak lebih 10 tahun lalu.

Aktivis, Abdel-Rahman Barman berkata, keadaan di penjara itu kini semakin membimbangkan selepas kira-kira 33 tahanan didakwa nekad mogok lapar dan tiga daripada mereka terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi.

Menurut tahanan, pihak berkuasa sengaja tidak memberi mereka air dan membiarkan suhu pendingin udara berada pada paras terlalu sejuk sebagai 'hukuman' kerana mogok lapar. -

Tiada ulasan: