03 Julai 2021

PPN: 5 negeri beralih ke fasa kedua

 Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada sebahagian masyarakat Orang Asli pada Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Dewan Serbaguna Sungai Rual, Jeli hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada sebahagian masyarakat Orang Asli pada Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Dewan Serbaguna Sungai Rual, Jeli hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

PUTRAJAYA: Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis setakat semalam memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata kelima-lima negeri berkenaan mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus.

Katanya, kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) bagi menyediakan rawatan kepada pesakit COVID-19 di negeri terbabit turut merekodkan penyusutan daripada paras kritikal ke peringkat sederhana.

"Selepas kerajaan bersetuju meluluskan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara dibuat di peringkat negeri, tanpa menunggu kemajuan di peringkat Persekutuan, ada semakan tertentu terhadap nilai ambang yang dilakukan.

"Dua nilai ambang, iaitu masing-masing bagi liputan vaksin dan katil ICU masih sama seperti digunakan di peringkat Persekutuan, cuma yang berubah ialah kadar purata kes COVID-19.

"Justeru, perkiraan digunakan bagi mengukur kadar purata kes di peringkat negeri ialah nilai ambang fasa berikutnya didarab jumlah penduduk negeri dan dibahagi populasi di Malaysia.

"Oleh itu, menerusi perkiraan ini dan pertimbangan terhadap dua lagi nilai ambang, kita dapati lima negeri sudah memenuhi semua prasyarat untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. BH/-

Tiada ulasan: