03 Julai 2021

UMMAH rayu bantuan susu dan lampin untuk kanak-kanak.

 


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah mengerakkan Bantuan Makanan Asas dengan sumbangan dan bantuan daripada rakyat, agensi kerajaan dan juga pihak syarikat swasta.

Daripada maklumat dan maklumbalas yang diperolehi daripada penerima yang kebanyakannya terdiri daripada kaum ibu, keperluan yang mendesak juga adalah susu bayi dan kanak-kanak, dan lampin pakai buang yang berumur 2 tahun kebawah bagi keluarga yang kehilangan pendapatan.

Sehubungan itu, pihak Ummah melancarkan rayuan bantuan sumbangan daripada semua pihak, samada individu, syarikat mahu pun agensi kerajaan.

Sumbagan diatas boleh dibuat dalam bentuk susu dan lampin atau pun tunai.

Sumbangan diatas akan diagihkan kepada ibu dan anak yang sangat memerlukan dalam kadar yang segera.

Para penyumbang boleh menghubungi ditalian kami, bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
3 Julai 2021

Tiada ulasan: