03 Julai 2021

Tanah runtuh: 35,000 penduduk dipindahkan

 TANGKAP layar daripada video menunjukkan insiden berkenaan. FOTO NHK World

TANGKAP layar daripada video menunjukkan insiden berkenaan. FOTO NHK World

Tokyo: Lebih daripada 35,500 penduduk di Shizuoka, tengah Jepun diminta untuk berpindah serta-merta selepas kejadian tanah runtuh, lapor Sputnik memetik agensi berita Kyodo.

Ia mengambil kira kemungkinan kejadian sama berulang.

Sebanyak 10 rumah musnah dan 20 orang dilaporkan hilang di bandar Atami selepas tanah runtuh berkenaan yang disebabkan hujan lebat, menurut media kebangsaan.

Pihak berkuasa Shizuoka mengisytiharkan amaran kecemasan peringkat paling tinggi di kawasan berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di bandar Atami, Shizuoka.

Ketika, operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan.

Bernama/-



Tiada ulasan: