15 Ogos 2021

Lebih banyak perniagaan dibenarkan dalam Fasa 2 PPN

 Kedai vape juga dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 2 PPN, mulai esok. - Foto AFP

Kedai vape juga dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 2 PPN, mulai esok. - Foto AFP

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran kembali beroperasi dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa esok.

11 aktiviti ekonomi itu ialah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barang terpakai; kedai bunga dan nurseri; kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik; kedai alat permainan; kedai permaidani; kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain); kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; dan kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik).

Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata 11 aktiviti ekonomi itu tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam negeri Fasa 1.

"Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19, bagi membuktikan individu sudah menerima vaksinasi lengkap," katanya.

bh/-

Tiada ulasan: