15 Ogos 2021

SEMBAH MAKLUM RAYUAN 175 BADAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN AGAR TUANKU MENIMBANGKAN GENCATAN POLITIK


KENYATAAN MEDIA

SEMBAH MAKLUM RAYUAN 175 BADAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN AGAR TUANKU MENIMBANGKAN GENCATAN POLITIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Patik sebagai salah seorang rakyat di negara yang tercinta ini, dan tidak berpihak kepada mana-mana kelompok, merafak sembah memohon Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menimbangkan dan memperkenankan rayuan 175 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan agar Tuanku Kebawah Duli menimbangkan gencatan politik dalam keadaan negara masih dilanda wabak Covid-19.

 

Pada hemat patik, tumpuan perhatian para pemimpin dan ahli parlimen sekaliannya wajar diberikan ke usaha menangani wabak  tersebut.

Sebarang rancangan pertukaran kerajaan wajar ditangguhkan kepada waktu yang lebih sesuai demi maslahah, kesejahteraan dan kesihatan rakyat seluruhnya.

Sembah harapan patik ini berlunaskan kedudukan dan martabat Tuanku sebagai payung negara yang insya-Allah dapat merungkaikan sebarang kemelut dan khilaf yang berlaku dalam kalangan pihak-pihak tertentu.

Patik yakin bahawa Tuanku merupakan wibawa yang paling tepat dalam memberikan pimpinan kepada patik-patik rakyat Tuanku sekaliannya.

Ampun Tuanku.


Profesor Datuk Sri Dr. Haji Awang Sariyan

(Pengerusi Gerakan Jihad Rakyat Benteras Rasuah)

Tiada ulasan: