15 Ogos 2021

Tolak perpecahan dan politik berkepentingan, Prof. Ibrahim Shah.

 


KENYATAAN MEDIA
SOKONG PERPADUAN NASIONAL DI KALA NEGARA BERHADAPAN WABAK PANDEMIK COVID-19, TOLAK PERPECAHAN DAN POLITIK BERKEPENTINGAN

1. Pergolakan politik yang berlaku pada hari ini amat memberi kesan terhadap negara. Walaupun Tuanku Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah memperkenankan supaya kerajaan pada hari ini meneruskan pentadbiran sehingga penentuan berkaitan keabsahan kerajaan dilakukan di Parlimen pada September 2021 melalui Usul Undi Percaya kepada YAB PM, namun masih terdapat desakan agar Parlimen segera dibuka. Desakan sebegini dirasakan tidak membantu di saat rakyat sedang sengsara akibat wabak COVID-19.

2. Tujuan saya mengeluarkan beberapa artikel sebelum ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan nasional dalam kalangan orang-orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia. Apatah lagi jika ia melibatkan perpaduan orang-orang Melayu dan Islam, amat saya titikberatkan. Sebab itulah saya masih memohon jasa baik Ahli-ahli Parlimen terutama Ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam untuk terus menyokong kerajaan yang berteraskan kepimpinan Melayu dan Islam selaku kaum asal dan majoriti, agar penyatuan ummah ini dapat direalisasikan. Pada saat yang getir ini, saya pasti terdapat tangan-tangan ghaib yang menunggu masa untuk mencampuri urusan politik di Malaysia sehingga kita, orang-orang Melayu dan Islam akan hilang kuasa di negara kita sendiri jika kita leka dan tersilap langkah.

3. Saya berpendapat bahawa Baginda YDPA perlu untuk membuat keputusan dengan sebaiknya bagi menyelesaikan konflik politik yang acap kali menganggu tugas kerajaan dalam menghadapi wabak COVID-19 ini. Sebagai pemimpin, Ahli-ahli Parlimen seharusnya bertindak profesional dengan menyokong penuh kerajaan pada hari ini untuk menghadapi cabaran getir wabak COVID-19 yang melanda negara.

4. Jika kita mengatakan bahawa kerajaan hari ini gagal, cuba lihat di seluruh dunia kerajaan mana yang mampu mengawal COVID-19 dengan cekap. Sesebuah negara tetap mencatatkan jumlah kes yang tinggi dan juga mempunyai jumlah kes kematian. Namun usaha daripada kerajaan tetap ada iaitu dengan membekalkan vaksin kepada rakyat. Kerajaan pada hari ini juga dengan cepat menyediakan pusat perubatan dan juga pusat-pusat saringan COVID-19 berbanding negara-negara lain. Kerajaan juga giat melipatgandakan usaha memberi vaksin kepada rakyat. Sudah pasti, dengan usaha kerajaan hari ini untuk memastikan negara mencapai imuniti berkelompok, kes harian akan menurun dan angka kematian juga pasti akan berkurangan.

5. Akhirnya, kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk bersekongkol dengan PHdap dalam pilihanraya yang akan datang saya memohon agar berhati-hati dengan agenda DAP (sila rujuk pandangan-pandangan saya sebelum ini). Orang Melayu amat sensitif dengan DAP kerana ia masih terngiang-ngiang agenda yang dibawa untuk membentuk sebuah negara yang sama rata yang pasti akan merugikan dan melemahkan orang Melayu dan Islam. Saya suka untuk berkongsikan bersama, matlamat DAP adalah untuk menukar agama rasmi negara iaitu Islam kepada agama Kristian Zionism. Di dalam usaha ini juga, DAP akan menghapuskan Raja-Raja Melayu dan segala hak dan keistimewaan orang-orang Melayu juga akan tergugat. Jika sekiranya mereka berjaya sekali lagi menjadi kuasa dominan saperti didalam pilihanraya yang lepas, kali ini melalui strategi persempadanan semula mereka akan terus berusaha dan akhirnya berjaya untuk membuka lebih banyak sempadan kawasan pilihan raya yang akan melonjakkan jumlah kerusi mereka. Seterusnya bagi mengekalkan kuasa dominan mereka untuk selama-lamanya, mereka akan membawa masuk Singapura sebagai sebahagian daripada negara Malaysia. Perlu diperingatkan walaupun selepas PRU akan datang Perdana Menteri adalah masih seorang Melayu, tetapi dengan strategi DAP “gunakan Melayu untuk skrew Melayu”, saya yakin satu hari nanti jika Melayu masih bersengketa dan berpecah-belah DAP akan menjadi Perdana Menteri dan memerintah negara ini. Akhirnya “bumi dipijak milik orang”. Apatah lagi dengan kemasukan dan sokongan parti PAP didalam arena politik Malaysia, DAP akan bertambah kukuh melalui penambahan lebih kurang 83 kerusi di Parlimen. Ia sudah pasti akan memberi kelebihan padu dalam mengukuhkan dominan mereka kali ini. Saya amat yakin kerana melalui Perlembagaan Negara terdapat undang-undang yang boleh dilaksanakan untuk merealisasikan perkara ini : -

PERKARA 2: PENERIMAAN MASUK WILAYAH-WILAYAH BARU KE DALAM PERSEKUTUAN

6. Jika sekiranya strategi DAP ini sukar untuk dilaksanakan diperingkat permulaan disebabkan tentangan daripada orang-orang Melayu yang baru sedar atas kesilapan mereka, terdapat juga teori mengatakan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Sabah dan Sarawak akan terpisah dengan negeri-negeri lain membentuk dua negara baru iaitu Malaysia Barat dan Malaysia Timur, ataupun nama lain yang memisahkan dua negara yang dikuasai oleh DAP dan negara Melayu Islam. Malaysia Timur terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian daripada negeri Johor. Malaysia Barat terdiri daripada Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, sebahagian daripada Johor, Sabah dan Sarawak. Konsep ini sudah pernah dilakukan oleh kuasa-kuasa besar saperti pengwujudan Sudan Utara dan Sudan Selatan. Perkara ini tidak mustahil kerana ianya juga boleh berlaku kepada negara kita. Tengok sahaja apa yang berlaku di Palestin, sudah pasti kuasa-kuasa besar akan menyebelahi DAP atau PAP kerana Singapura merupakan sebahagian daripada agenda Kritian Zionism. Akhirnya, Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik.

7. Mungkin ada yang mengatakan perkara ini tidak akan menjadi realiti. Mungkin ada yang mengatakan perkara ini sukar untuk terjadi. Namun, lihat sahaja di negara-negara seperti Iraq, Libya, Syria, Yamen, Palestin dan lain-lain lagi. Gerakan ini dipelopori oleh anak-anak muda yang menjatuhkan kerajaan mereka sendiri. Hingga sekarang, pergolakan di negara mereka masih belum berhenti, dengan campur tangan negara ketiga keamanan yang dulu mereka kecapi masih belum dapat kembali semula. Jika kita hilang kuasa, amat sukar untuk kita mengambil semula kuasa tersebut, mungkin akan melibatkan nyawa dan pertumpahan darah. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, sudah terhantuk baru terngadah.

8. Saya masih percaya bahawa Baginda YDPA merupakan payung kepada perpaduan dan penyatuan orang-orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum di Sabah serta Sarawak. Perpaduan nasional ini penting bagi memastikan agenda kerajaan kini terus disokong tanpa campur tangan mana-mana pihak agar kes COVID-19 dapat dikurangkan dan mampu untuk memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum 15 dengan segera. Sokongan terhadap kerajaan juga perlu untuk membantu memulihkan semula ekonomi negara yang kini kritikal, merentasi semua kaum di Malaysia. Melalui PRU 15 ini diharapkan agar sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat dapat dipilih agar kecelaruan dan pergolakan politik yang berlaku pada hari ini tidak lagi berulang dan perpaduan nasional akan dapat direalisasikan. Apabila sesebuah kerajaan mendapat majoriti yang kukuh ini, insentif-insentif ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih terurus dan bersasar bagi mengurangkan bebanan rakyat pasca COVID-19.

PROFESOR EMERITUS TAN SRI DATO’ SERI DR. IBRAHIM SHAH ABU SHAH
Pengerusi
Yayasan Minda


Tiada ulasan: