LONDON: Jaringan kemenangan kontroversi Cristiano Ronaldo pada minit ke-95 untuk Manchester United ketika menentang Villarreal mencetus perdebatan di media sosial, dalam aksi peringkat kumpulan F Liga Juara-Juara, di Old Trafford, awal pagi tadi.
Rata-rata peminat mendakwa ia sepatutnya dibatalkan kerana pemain gantian United, Jesse Lingard berada dalam kedudukan ofsaid.
Bagaimanapun, sebahagian lagi mengatakan ia tidak ofsaid kerana penjaga gol Villarreal Geronimo Rulli tidak dihalang pemain United itu.
Ronaldo meledak gol kemenangan dalam masa kecederaan selepas Alex Telles menyamakan kedudukan apabila Villarreal mendahului tuan rumah menerusi jaringan pembukaan Paco Alcacer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan