30 September 2021

Pemimpin Rohingya maut ditembak empat penyerang selepas selesai Maghrib

 

MOHIB ULLAH

COX’S BAZAR: Pemimpin komuniti Rohingya, Mohib Ullah terbunuh selepas ditembak penyerang tidak dikenali di kemb pelarian dekat sini semalam.

Jurucakap polis memberitahu, Mohib ditembak empat penyerang ketika sedang mengadakan pertemuan bersama pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas selesai solat Maghrib.

“Pihak berkuasa keselamatan yang ditugaskan menjaga keamanan 34 kem pelarian Rohingya, meningkatkan kawalan susulan kejadian itu.

“Tiada yang ditahan setakat ini,” katanya. – AFP

Tiada ulasan: