27 Oktober 2021

YB DAP GANABATIRAU SOMBONG DAN SAMSENG


Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengencam tindakan samseng Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau yang menengking penjawat awam walaupun beliau sudah meminta maaf secara tidak ikhlas semalam.

Perbuatan Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Kemuning mengeluarkan kata-kata kesat serta suara mengherdik terhadap penjawat awam menunjukkan beliau tidak boleh diberi kuasa. Lagak beliau sangat angkuh dan sombong dengan kuasa yang ada.
Perbuatan beliau menunjukkan bahawa dengan kuasa yang beliau ada, seolahnya boleh membuat apa sahaja kepada orang lain sehingga ke tahap memaki hamun penjawat awam.
Sewajarnya beliau boleh menyelesaikan permasalahan yang timbul adalah dengan menerusi rundingan penyelesaian bersama diantara Kerajaan Negeri dengan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Negeri.
Tindakan Ganabatirau menularkan video itu seolah-olah mahu menunjukkan beliau sebagai seorang yang berkuasa dan boleh memalukan orang lain dengan meletakkan semua kesalahan kepada penjawat awam tanpa memberi peluang sebarang penjelasan diberikan oleh kakitangan JPS yang terlibat.
Perbuatan serta tindakan beliau mengambarkan etika buruk kerajaan negeri Selangor yang tidak mesra penjawat awam.
UMMAH akan membuat laporan polis diatas tindakan kasar dan ganas Ganabatirau menengking dan mengherdik penjawat awam dan mendesak pihak yang mempuyai kepentingan mengambil tindakan saman.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
27 Okt 2021

Tiada ulasan: