24 Disember 2021

5 negeri diberi amaran hujan lebat dan rebut petir

 

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran baharu berkaitan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang  lima negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah. 

Menurut ciapan MetMalaysia, amaran dijangka di kawasan Kuala Langat dan Sepang untuk negeri Selangor, kawasan Port Dickson di Negeri Sembilan serta Alor Gajah dan Melaka Tengah bagi negeri Melaka.  

“Di negeri Sarawak, kawasan Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). 

“Pada negeri Sabah pula, kawasan Lahad Datu, Tawau dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya.    

MetMalaysia menjelaskan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya

Amaran-amaran dan maklumat terkini, boleh melayari laman web rasmi Jabatan (www.met.gov.my), aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia (Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube, MET TV) serta menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan cuaca. – UTUSAN ONLINE

 

Tiada ulasan: