24 Disember 2021

Korban banjir meningkat kepada 41 mangsa, lapan masih hilang

 Korban banjir meningkat kepada 41 mangsa, lapan masih hilang

ACRYL SANI: Selangor mencatatkan korban tertinggi banjir melibatkan 25 mangsa terdiri daripada 17 lelaki dan lapan wanita. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Angka korban akibat banjir di seluruh negara meningkat kepada 41 mangsa termasuk dua kanak-kanak, setakat jam 8 pagi, pada Jumaat (24 Dis).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lapan lagi individu masih hilang di Pahang.
"Selangor mencatatkan korban tertinggi banjir melibatkan 25 mangsa terdiri daripada 17 lelaki dan lapan wanita.
"Ini diikuti Pahang dengan 15 mangsa melibatkan lapan lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki.
"Manakala Kelantan merekodkan satu kes melibatkan mangsa banjir seorang lelaki," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Terdahulu, banjir besar melanda negara melibatkan Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak dan Kuala Lumpur.
ASTROAWANI.

Tiada ulasan: