24 Disember 2021

Teruskan warisan kuih kelupis

 

Pengusaha Rosso Food Enterprise, Manah Mustafa, mengusahakan kuih kelupis dan kuih chang sejuk beku.

Buat individu yang tinggal di Semenanjung dan tidak pernah melihat kuih kelupis, pastinya terasa janggal apabila mendengar nama kuih tradisional masyarakat Sabah ini. 
Pengusaha Rosso Food Enterprise, Manah Mustafa, 60, berkata kuih kelupis amat sinonim dalam kalangan masyarakat di pandai barat Sabah malah ia menjadi menu wajib dalam pelbagai acara majlis.  

“Kuih kelupis dan kelupis berinti dihasilkan dengan santan dan beras pulut ini dibalut dengan daun nyirik yang lazimnya ditemui dalam hutan. 

“Kuih ini memberikan keenakan rasa selain aroma yang cukup memikat. Ia juga enak dimakan bersama kuah kacang,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini. 

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia turut menyediakan kuih kelupis sejuk beku yang dilengkapi dengan kuah kacang sambil dibantu oleh anaknya, Noor Azlina Samarali, 31, sejak 2018.

“Setiap minggu, saya menyediakan sebanyak 200 hingga 300 kuih kelupis sejuk beku untuk memenuhi permintaan pasaran di Kuala Penyu, Sandakan dan sekitar kawasan Sabah. 

“Saya turut memperkenalkan kuih chang sejuk beku. Kelupis dijual pada RM15 untuk 20 biji manakala kuih chang dijual pada RM13,” katanya. 

Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebook. Rossa Food Enterprise atau hubungi 019-5275092. – UTUSAN

Tiada ulasan: