01 Disember 2021

Hampir semua negeri lepasi purata Rt kebangsaan

 Kadar Rt COVID-19 bagi seluruh negara adalah 0.95 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu. - Foto NSTP

Kadar Rt COVID-19 bagi seluruh negara adalah 0.95 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara adalah 0.95 semalam, dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.

Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.06, diikuti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (1.02), Melaka (1.01) serta Kedah dan Pahang 1.0.

Selain itu, Perak, Johor dan Selangor merekodkan nilai Rt 0.99, diikuti Putrajaya (0.98), Sabah (0.96), Kelantan dan Terengganu (0.95).

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, nilai Rt tidak berubah sejak kelmarin selepas mencatatkan penurunan sejak dua minggu lalu.

Negeri Sembilan mencatatkan di bawah Rt seluruh negara iaitu 0.93, manakala Sarawak pula merekodkan 0.77.

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan antara 13 dan 15 November lalu dengan nilai 1.05.

Susulan trend penurunan itu, kes harian berada kurang 5,000 kes dengan semalam ia mencatatkan 4,879 jangkitan baharu harian.

BHARIAN.

Tiada ulasan: