01 Disember 2021

Wan Roslan dilantik Setiausaha PAS Kelantan

 

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan bagi sesi 2021-2023.


Manakala Mohd Asri Mat Daud sebagai Penolong Setiausaha 1 dan Dr Wan Nik Wan Yussof (Penolong Setiausaha II). Pelantikan itu selaras dengan peruntukan Fasal 39 (5) Perlembagaan PAS (Pindaan 2020).

Jawatan lain kekal diterajui muka lama iaitu Bendahari Dato’ Hanifa Ahmad, Ketua Penerangan Dato’ Mohd Nassuruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Zulkifli Mamat.

Pelantikan itu diputus pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan kali pertama semalam, selepas muktamar PAS Pusat yang berlangsung di Kuala Terengganu pada 6 dan 7 November lepas.

Mesyuarat terbabit dipengerusikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob bagi menyusun semula pelantikan ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan sesi 2021-2023.

Bagi jawatan utama lain Timbalan Pesuruhjaya 1 Dato’ Mohd Amar Abdullah, Dato’ Dr Johari Mat (Timbalan Pesuruhjaya 2) dan Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan (Timbalan Pesuruhjaya 3).

Mesyuarat itu juga bersetuju melantik ahli-ahli tambahan Badan Perhubungan PAS negeri iaitu Dato’ Abdullah Ya’kob, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman, Dato’ Mumtaz Md Nawi, Dato’ Ahmad Marzuk Shaary, Dr Wan Martina Wan Yusoff serta Nik Baharum Nik Abdullah.

Manakala Pemeriksa Kira-kira iaitu Mohd Rosli Abdullah dan Nasriff Daud. – HARAKAHDAILY 29/11/2021

Tiada ulasan: