23 Jun 2008

Kuliah Wanita DUN Titi Serong di lancarkan.

PARIT BUNTAR, 22 Jun :- Pejabat Pusat Khidmat ADUN Titi Serong membuka lembaran sejarah baru apabila dengan resminya memulai program keilmuan untuk kaum wanita bagi DUN berkenaan. Program yang dinamakan Kuliah Wanita DUN itu diresmikan dengan kuliah pertama yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Ust. Ahmad Awang, Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM).


Dalam ucapan alu-aluan sebelum kuliah bermula, ADUN Titi Serong memaklumkan modul ini diambil dari kejayaan yang dilakukan oleh Wakil Rakyat di Kelantan sejak 18 tahun yang lepas. Harapan beliau dengan bermulanya kuliah pada hari ini , bermulalah satu kerja baik untuk menanam kecintaan masyarakat di DUN Titi Serong tanpa mengenal parti dan kumpulan tertentu. Harapannya usaha uang dilakukan ini mendapat sambutan dari warga DUN Titi Serong.

Ust. Ahmad Awang menyampaikan Kuliahnya sambil diperhatikan oleh ADUN Titi Serong

Sambil mengalu-alukan kehadiran penceramah , muslimin dan muslimat, beliau amat berharap jumlah yang hadir akan bertambah dan mencapai jumlah 300 orang pada masa akan datang.

Sementara itu Ust. Ahmad Awang dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada ADUN Titi Serong yang menjemputnya dan menganjurkan program keilmuan bagi masyarakat setempat. Beliau juga sangat berpuas hati dengan lengkap dan beroperasinya Pusat Khidmat ADUN Titi Serong yang dianggapnya tidak pernah melihat pejabat ADUN sebaik ini.

Drs. Khalil sedang meyampaikan ucapan aluan.

Namun sambil berseloroh beliau menyakinkan hadirin bahawa semuanya bukan hasil rasuah tetapi hasil dari usaha beliau yang selama ini dikenali sebagai peniaga.

Menyingkap usaha yang hampir sama , bekas YDP PUM itu mengatakan beliau juga mengadakan Kuliah Tassawur Islam di Bagan Serai yang telah menjangkau usia 10 tahun yang bermula dari beberapa khemah dan berdirinya sebuah bangunan sekarang.

Kaum Wanita yang hadir sedang mendengar kuliah .

Kupasan Ust. Ahmad Awang dalam kuliahnya berkisar mengenai kepentingan menuntut ilmu. Katanya bila seseorang itu berilmu, dia akan memahami rahsia allah SWT dan sebaliknya, termasuklah memahami masalah kekurangan stok barangan dan kenaikan harga barang.

Dalam hal yang sama jelasnya, tafsiran orang yang berilmu adalah berkaitan dengan bala atau ujian Allah dan kesan dari sikap pembaziran yang dilakukan oleh manusia seperti ayat Al Quran yang bermaksud "jangan kamu buat kerja membazir kerana itu kerja syaitan".

Penyampaian cenderamata diakhir program kepada penceramah.

Harapannya dengan adanya pengajian akan lahirlah lebih ramai orang yang baik, amanah, jujur dan sebagainya.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua kampung Kedah yang juga Pegawai Khas ADUN Titi Serong, Tn . Hj. Ibrahim Dahlan.

Pada kesempatan itu juga ADUN Titi Serong memaklumkan akan melantik seorang Wanita yang akan menjadi Ketua Kampung Wanita DUN Titi Serong. Antara matlamat perlantikan itu katanya adalah untuk memudahkan hubungan dan penyelesaian masalah wanita dalam DUN.

MB Perak hadir kenduri di Titi Serong

TITI SERONG, 22 Jun :- Penduduk Kampung Tebuk Hj. Musa bertuah pada hari ini kerana berpeluang bertatap muka dengan Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin kerana belaiu hadir dalam kenduri khawin rumah besan nya disini hari ini.

Hadir sama ialah Dato' Seri Orang Besar Jajahan Kerian dan Datin Seri, ADUN Titi Serong, YB. Khalil Idham Limdan Isteri.

22 Jun 2008

Persiapan olimpik untuk umat Islam dan agama lain.

BEIJING, 21 Jun :-Jabatan Hubungan Luar Katolik Beijing memaklumkan, pelbagai tempat agama Beijing secara aktif membuat persiapan untuk menyambut kedatangan tetamu asing sempena berlangsungnya Sukan Olimpik.

Selain itu, 12 daripada 70 buah masjid di Beijing dipilih sebagai tempat beribadat utama bagi tetamu Muslim sempena temasya sukan itu diadakan. Selain itu, Persatuan Islam Beijing akan memilih 16 orang sukarelawan bertugas di pusat agama perkampungan Sukan Olimpik untuk menyediakan perkhidmatan yang berkenaan kepada tetamu Muslim.

Pegawai Jabatan Hal-Ehwal Agama Negara menyatakan, China akan menyediakan perkhidmatan agama yang bertaraf tinggi kepada tetamu dari negara-negara asing sempena Sukan Olimpik.

Krisis bahan api dan makanan dunia akibat ketamakan manusia

TAIPING, 21 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa krisis kenaikan harga bahan bakar dan makanan utama sekarang adalah disebabkan bencana oleh perbuatan manusia yang tamak haloba di seluruh dunia.

Ahli Parlimen Marang dan merangkap ADun Rusila, Terengganu itu menyatakan bahawa bahangnya telah pun dapat dirasai oleh manusia khasnya rakyat negara ini dengan kenaikan harga minyak dan hasil bijiran dunia.

"Minyak adalah bahan bakar yang digunakan untuk mengerakkan jentera dan alat pengangkutan. Dengan sendirinya ia mempengaruhi harga barang utama dan bijirin dunia. Ekorannya, ia akan merebakkan kemiskinan, berlaku pelbagai jenayah dan kemungkaran," tegasnya ketika berceramah di Dataran Pasar Malam dekat sini malam tadi.

Image

Berlakunya krisis itu katanya, adalah disebabkan perbuatan tamak haloba negara tertentu yang sejak dulunya hanya membeli minyak untuk simpinan sahaja dan ada yang lain membeli minyak untuk stok bagi menguasai politik dunia, sementara negara pengeluar minyak pula cuba mengawal pengeluaran supaya dapat jual harga tinggi tanpa mempedulikan susah orang lain.

Tegasnya, begitu juga dengan tindak tanduk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sepatutnya negara tidak menaikkan harga minyak kerana keuntungan penjualan minyak mentah Petronas itu boleh digunakan sebagai subsidi.

"Tetapi ia tidak berlaku, bukan sebab apa kerana hendak tunjuk siapa besar. Siapa yang pegang kuasa," katanya.

Katanya lagi, daripada sikap bongkak tersebut maka terjadilah krisis seperti yang dialami sekarang yang mengancam kestabilan hidup manusia dan ia boleh disamakan dengan peristiwa ribuan tahun dahulu yakni bencana taufan Nabi Noh yang diturunkan Allah apabila manusia durhaka terhadap ajaran Tuhan.

"Di zaman itu mereka melakukan pelbagai maksiat, kejahatan dan penyelewingan terhadap sesama manusia serta engkar menurut perintah Allah dan suruhan Nabi Noh. Akhirnya keseluruhan mereka mati lemas kecuali mereka dan binatang-binatang yang berada di atas bahtera kapal Nabi Noh," katanya.

Tegasnya, dunia akhir zaman sekarang ini akan mengalami bencana yang sama, malah lebih dasyat jika manusia terus bersikap bongkak.

Justeru katanya, jika ia berlaku, jangan menyalahkan Tuhan. Tuhan telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga kepada manusia, tetapi manusia yang menyalahgunakan nikmat itu.

Majlis perkahwinan anak MB Perak meriah.

IPOH, 21 Jun : - Pimpinan PAS Pusat, PAS Negeri serta Exco dan Adun Kerajaan Pakatan Rakyat Perak hadir menyerikan majlis perkahwinan anak Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Faatihah dengan Muhamad Hazimin hari ini di Kediaman Menteri Besar Perak dekat sini mulai jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

Majlis pernikahan telah berlangsung malam tadi di Kediaman Menteri Besar yang dilakukan oleh Menteri Besar sendiri dengan dibantu oleh Pegawai Nikah Pejabat Agama Islam Perak.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Raja Di-Hilir, Tengku Raja Jaaffar Raja Musa dan isteri, Setiausha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim dan Pegawai Tinggi Kerajaan.

Presiden PAS Pusat, Dato� Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Ahmad Awang adalah di antara 5,000 orang tetamu yang hadir.

Majlis kemuncaknya berlangsung di Dewan Besar depan Kediaman MB pada jam 12.00 tengah hari tadi dimana para undangan dan pasangan raja sehari berada di majlis Jamuan yang diiringi Menteri Besar Perak dan keluarga.

21 Jun 2008

Daya Saing China Melonjak Tinggi Dengan Penggunaan Teknologi Maklumat

Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Institut Pentadbiran Perniagaan Eropah (INSEAD) mengeluarkan laporan kajian yang menunjukkan daya saing China melonjak tinggi dengan penggunaan Internet dan teknologi maklumat lain. Menurut kedudukan yang ditetapkan dalam kajian tersebut, China menduduki tempat ke-57 dalam senarai terkini di dunia, meningkat lima tangga dalam tempoh setahun.

Pegawai INSEAD menyatakan China sedang mempercepat pembinaan kemudahan infrastruktur Internet dan telekomunikasi. Kadar penggunaan peribadi Internet dan telekomunikasi banyak meningkat. Namun, pendidikan mengenai pengetahuan Internet dan teknologi maklumat di China tidak mencukupi dan masih perlu ditingkatkan pelaburan.

Kenaikan harga minyak membebankan pengusaha stesen minyak

Kenaikan harga minyak ternyata membebankan rakyat Malaysia termasuk dalam masalah kenaikan harga barang. Sekali pandang ramai beranggapan yang untug adalah pengusaha stesen minyak. namun kita tidak tahu realitinya mereka juga mendapat masalah yang besar bila harga minyak naik.

Bayangkan kalau dulu setangki minyak tidak sampai RM 30,000 sekarang kena tambah modal untuk membeli dengan harga RM 40,000. Modal bertambah tetapi komisen jualan tetap pada kadar lama walaupun sudah beberapa kalai berlaku kenaikan.

Tidak tahan lagi dengan masalah itu, sebanyak 3,500 pengusaha stesen minyak di seluruh negara merancang menutup operasi selama lapan jam pada 26 Jun ini dan menolak penggunaan kad kredit jika kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak.

Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata, pihaknya menunggu keputusan daripada kerajaan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak permintaan PDAM untuk menaikkan komisen daripada tiga peratus kepada enam peratus.

Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang.

Abdul Wahid berkata, walaupun telah beberapa kali berlaku kenaikan harga petrol dari RM1.10 hingga RM2.70 seliter, kerajaan tidak menaikkan komisen kepada pengusaha stesen minyak.

Beliau berkata, apabila harga minyak naik sehingga RM2.70 seliter untuk petrol sementara diesel pula meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter, ia sangat membebankan pengusaha stesen minyak di seluruh negara.

Mengenai penolakan penggunaan kad kredit pula, beliau berkata, ia adalah langkah yang paling menjimatkan kerana para pengusaha stesen minyak tidak perlu membayar caj perkhidmatan kepada bank-bank. Caj perkidmatan 1% kepad setiap pembelian yang dipotong dari jumlah jualan melalui kad oleh bank kepada pengusaha adalah sesuatu yang tidak adil dan membebankan.

Kita mungkin melihat kalau RM100 minyak dibeli dengan kad, pengusaha akan dipotong 1 sen. Tetapi pernahkah kita kira berapakah kalau hasil jualan dalam lingkungan ratusan ribuan yang terjual dengan kad. Tidakkah ribuan ringgit juga terpaksa dibayar oleh pengusaha stesen kepada bank.

ADUN Titi Serong : Carilah bekal untuk menghadapi mati

TITI SERONG, 20 Jun :- Kehidupan didunia ini hanyalah sementara untuk menghadapi kehidupan yang abadi dan kekal selama-lama nya , oleh itu carilah bekal sebanyak mungkin untuk menghadapinya. Demiakaian antr kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan oleh YB. Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong di Mesjid Parit Hj. Wahab disini hari ini.




Penyampaian khutbah itu adalah dalam siri jadual ADUN titi Serong itu menyampaikan khutbah dalam DUN pada setiap hari jumaat. Didapati dalam DUN Titi Serong terdapat 15 mesjid.


ADUN Titi Serong sedang menyampaikan khutbah.


Katanya orang yang paling baik adalah orang yang sentiasa ingat kepada kematian dan sentiasa bersiap untuknya. Tambahya antara persiapan untuk hal tersebut seseorang itu hendaklah mendekati ulama, membaca Al Quran dan sentisa menziarahi kubur.

20 Jun 2008

Operasi letup bom :5,000 kosongkan rumah di Ipoh esok

IPOH, 19 Jun :– Seramai 5,000 penduduk terpaksa mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan sebutir bom Perang Dunia Kedua diletupkan di tempat ia ditemui seminggu lalu dekat Sungai Pinji, Tambun di sini, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bom tersebut tidak dapat dipindahkan kerana sistem suisnya telah diaktifkan dan kemungkinan besar boleh meletup jika digerakkan.


Ekoran itu, menurutnya, penduduk di empat kawasan dalam lingkungan 500 meter radius lokasi bom ditemui perlu mengosongkan rumah mereka mulai pukul 8.30 pagi Sabtu, bagi mengelak kejadian tidak diingini.


Kawasan terlibat ialah Taman Tambun, Taman Tambun Jaya, Kampung Baru Tambun dan Kampung Malay Rezab.


Penduduk terlibat, katanya, akan dipindahkan ke Masjid Tambun dan Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Tambun menggunakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan.
‘‘Buat masa ini, kami sedang mengeringkan air sungai bagi memastikan kesan letupan adalah kecil.


“Kerja-kerja untuk meletupkan bom ini tidak mengambil masa yang lama, mungkin selesai antara pukul 1 atau 2 petang Sabtu ini tetapi jika hujan, ia terpaksa ditangguhkan,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Bom seberat 100 kilogram itu ditemui oleh empat pemancing di Tambun selepas mata kail salah seorang daripada mereka terkena pada bom tersebut di sungai itu pada 12 Jun lalu.

Azisman menambah, polis turut menutup jalan masuk ke pekan Tambun, Jalan Tambun Permai dan Jalan Ampang Baru bagi tujuan keselamatan.


Katanya, seramai 200 anggota polis termasuk tiga pakar dari Unit Pemusnah Bom Bukit Aman terlibat dalam operasi memusnahkan bom tersebut.


Beliau berkata, Unit Udara Polis turut membuat tinjauan udara bagi memastikan tiada pergerakan manusia dalam lingkungan 500 meter dari kawasan bom diletupkan.


“Orang ramai bagaimanapun usah bimbang dengan keputusan polis meletupkan bom itu dalam sungai kerana yakin ia tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan harta benda,’’ ujarnya.


Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman anggota Unit Pemusnah Bom yang sudah banyak kali melakukan teknik yang tidak menyebabkan letupan besar.

Drs. Khalil : Bas telah tukar driver !

SELAMA, 19 Jun :- Kemenangan Kerajaan pakatan Rakyat yang menjadi teraju Kerajaan Negeri Perak sekarang ini diibaratkan sebagai bas yang hanya bertukar driver. Mahu atau tidak rakyat atau penumpang hendaklah menaiki bas tersebut dan tidak mungkin ada yang hendak berjalan kaki. Demikianlah antara isi ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam Program Penyampaian Bantuan kepada warga miskin tegar Daerah selama petang tadi.

ADUN Titi Serong itu mewakili Exco Agama, YB. Hj. Zainuddin mohd. Yusof yang tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

YB. Hj. Roslan Sharom sedang menyampaikan bantuan

Katanya kerajaan terdapat 4 unsur yang utama iaitu tanahair, kedaulatan, pemimpin dan undang-undang. Unsur petama dan kedua mustahil dapat dirubah namun unsur pemimpin dan undang-undang adalah bergantung kepada rakyat 5 tahun sekali untuk memilih. Perubahan inilah yang berlaku di Perak.



Drs. Khalil menyampaikan bantuan.

Hadir sama dalam program yang diadakan di perkarangan mesjid Selama itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB. Hj. Roslan Sharom, Bekas calon PAS DUN Kubu Gajah, Sdr. Mohd.Nazri Din dan Bekas Calon DUN Selama Hj. Abu Hussin Muhammad, manakala Pegawai Daerah diwakili oleh Hj. M. Yusof, Ketua penolong Pegawai Daerah Selama.



ADUN Titi Serong mewakili Exco Agama sedang berucap.

Pada kesempatan itu sebanyak 112 orang miskin tegar telah mendapat sumbangan berupa 30 kilo beras, 5 kilo gula dan 2 kilo minyak masak serta wang tunai RM 100.



Drs. Khalil dan Isteri bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang di pentas utama.

Pengerusi BBC raikan rombongan dari Kelantan di Pejabat MB

IPOH, 19 Jun :- Seramai 44 orang rombongan dari UPU Gondang Parlimen Ketereh Kelantan yang diketui oleh Hj. Muhammad Yussof bekas ADUN di kawasan itu telah diraikan oleh Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Perak, Ust. Zukifli Ibrahim dan Pengerusi BBC , YB. Drs. Khalil idham Lim di sini pagi tadi.



Ketua Rombongan menyampaikan cenderahati .


Dalam masa sekitar satu jam, Ust. Zulkifli telah memberikan taklimat mengenai Kerajaan dan negeri Perak Darul Ridzuan.

Dr. Khalil pula dalam ucapannya mengucapkan terima kasih dengan kehadiran rombongan walaupun dalam keadaan kos pengangkutan kesan dari kenaikan harga minyak.
Rombongan muslimat.
Sebagai anak Kelantan yang menang dan menjadi ADUN di Perak, beliau mengatakan rasa berbangga dengan sejarah dan keistemewaan Perak. Antaranya beliau memberikan contoh di Perak terdapat lebih dari satu Mezium.

Siapa kacang lupakan kulit ?

Tidak reda dengan masaalah lama, muncul lagi masalah baru dan ternyata ini lah zaman gelap bagi sebuah negara yang memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyelamatkan negara tercinta ini.

Sebetulnya selepas PR umum ke 12 pada 8 mac yang lepas, hasil kepada pihak pembangkang nampak berbaloi sehingga dapat menambah gandaan kerusi parlimen dan berjaya mengambil alih tampoh pemerintahan negeri Selangor, Kedah, Pulalu Pinang, Perak dan terus kekal di Kelantan. maka populerlah sekarang dengan kerajaan pakatan Rakyat (PR).

Malang dan bala besar kepada pihak BN , pemimpin wahid dalam komponennya banyak yang tumbang dan rebah tersungkur. Wajah menteri yang terlantik adalah ayam tambatan yang belum tumbuh tajinya.

Serangan kepada pembangkang dalam keadaan sekarang adalah tindakan yang 'bodoh' kerana dalam BN sendiri ada serang menyerang sesama sendiri. Ibarat dalam permainan bola sepak ada saja yang tendang masuk gol sendiri, apa sudah jadi ?

Mengelabah pak lah bila Tun Dr. Mahadhir (TDM)bertindak keluar dari UMNO Baru. nasib baik TDM tidak tubuh parti UMNO Terbaru. Terpaksalah pak lah kerja kuat, cari pengaruh dan suruh orang sokong bagi membuktikan masih relavan dan mantap memerintah.

Makanya usaha mambawa ezam ke dalam UMNO Baru adalah sebahagian dari agenda untuk menguatkan kembali UMNO baru. namun tidak nampak kesannya dalam jangka masa pendik atau panjang.

Isu Ezam tenggelam dengan isu kenaikan harga minyak, dan terakhir kenyataan keras Yong Teck Lee yang mengejutkan banyak pihak. Mulanya saya beranggapan Pak Lah tidak mengelabah , apa lagi katanya mudah bila diminta komen dalam isu berkenaan, katanya,tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan “saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.”

Sehingga terbaca berita diadakan mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Terjawab sudah bahawa Pak lah terpukul dan mengelabah dalam isu ini.

Kata Tok Mat, bekas menteri penerangan , Presiden SAPP tidak ubah seperti 'kacang lupakan kulit'.
Namun sebenarnya siapakah yang telah melupakan kulit, Pemimpin seperti Datuk Yong atau semua pemimpin BN yang lain? bayangkan kononnya pemimpin BN berjanji untuk membela nasib rakyat, tetapi realitinya nasib rakyat di hancur punah oleh kesan kenaikan harga minyak yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.
Rakyat jadi tenggelam dan timbul, namun pemimpinBn masih hidup mewah dan semuanya free. yang jadi gimik hanya potong elaun keraian 10 %, yang tahu kadar jumlahnya pasti kata pembohong !

Dewan Tertinggi BN hanya kutuk tindakan Presiden SAPP

KUALA LUMPUR, 19 Jun :- Tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) hanya akan diputuskan selepas mendengar penjelasan daripada Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, demikian keputusan yang dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), petang ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya mengutuk dengan keras tindakan Teck Lee, kelmarin. BN juga mengarahkan semua Ahli Parlimen hadir pada sidang Parlimen, bermula Isnin ini.

Pemimpin dari 12 komponen BN itu juga sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata kenyataan Dewan Tertinggi BN yang dibacakan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mesyuarat lebih tiga jam di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Badan tertinggi BN itu belum memutuskan bentuk tindakan kepada Datuk Yong dan menangguhkan keputusan yang akan diambil terhadap SAPP sehingga Majlis Tertinggi parti itu mengesahkan atau menafikan kesahihan kenyataan Yong yang dibuatnya semalam.
Senario ini merupakan keadaan yang berlainan dari kenyataan keras sebelum mesyuarat resmi diadakan pada hari ini.

Mesin ATM dipecah, RM350,000 dilarikan perompak

BANGI: Sekumpulan perompak melarikan wang tunai RM350,000 selepas memecah mesih ATM di bangunan Koperasi UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, awal pagi ini. Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, perompak berkenaan dipercayai warga asing turut mengikat tangan, menutup mata dan mengurung tiga orang pengawal keselamatan, seorang tukang masak kafeteria dan suaminya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood, berkata perompak yang berusia antara 20 dan 40 tahun itu, memasuki bangunan berkenaan melalui pintu utama. “Rompakan ini dirancang dengan teliti memandangkan mereka tahu di mana pengawal keselamatan itu tidur dan arif mengenai kedudukan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di situ. “Setelah memasuki bangunan itu, perompak berkenaan mengikat tangan dan menutup mata pengawal keselamatan bangunan itu, sebelum mengikat dua lagi pengawal keselamatan yang sedang tidur di tingkat atas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata perompak terbabit terlebih dahulu menutup CCTV yang dipasang di dalam bangunan itu dengan surat khabar dan mematikan loceng kecemasan. "Alat pemotong besi api oxyacetylene digunakan untuk memotong satu daripada empat mesin ATM yang ada di bank itu," katanya. Sehubungan itu, polis kini melancarkan operasi memburu sekumpulan perompak itu yang disifatkan amat merbahaya dan bersenjata dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Tok Guru : Titik pertemuan SAPP dengan pembangkang

KOTA BHARU, 19 Jun :- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan “titik pertemuan” SAPP dengan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

“Saya tak biasa lagi dengan dia ni, tapi dia sudah mulai ikut 'line' (laluan) pembangkang, maknanya sudah ada titik pertemuan di antara kami dengan dia. Cukuplah tu untuk permulaan,” katanya.