27 Mac 2009

Kalau Zambry tanding dialah orang ke 5 kalah !

Menteri Besar Perak yang tidak sah , Zambry Abdul Kadir menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu atas alasan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri.

Namun saya melihat sebenarnya dia takut kalah dalam pemilihan yang akan dihadapinya , rupanya langkahnya sedikit ada betulnya bila 4 MB kalah dalam persaingan sengit itu. Tindakannya melakukan rampasan kuasa di Perak sebenarnya telah menimbulkan kemarahan rakyat bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara.

Bila membaca berita empat MB kalah dalam perebutan kerusi MT UMNO teringat saya kepada ramalan saya , dan jelas kalau dia bertanding dialah orang yang ke 5 yang akan kalah.

Kalau Zambry ditolak oleh rakyat di Perak saya yakin dia juga akan ditolak oleh perwakilan UMNO.

Apakah Zambry lebih hebat dari Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).Mereka ini adalah MB yang naik secara sah dan kami mengiktirafnya. Pengaruhnya dalam UMNO lebih besar dan mereka orang lama dalam UMNO, itupun kalah.

Namun jauh sekali kepada Zambry kudeta yang naik secara rampasan kuasa.Dia dianggap muka baru dalam UMNO, Boleh jadi perwakilan Perak pun tidak akan sokong dia bila dia bertanding. Mana boleh menang kalau bertanding.

6 ulasan:

Awanama berkata...

aslmkm...
saya amat bersetuju dgn pendapat penulis diatas...pada saya DS ir nizar akan menang selesa pada prk nanti.zambry ni cuma kuda tundangan UMNO..for sure dia akan kalah sekiranya bertanding untuk MT.
DS ir nizar mempunyai aura yang amat menyengat dan mengentarkan kawan dan juga lawan...
anwar pun tak mempunyai aura seperti beliau...

Awanama berkata...

ya, anwar pun tak mempunyai aura seperti beliau..pemimpinn contoh, ada karisma, mesra rakyat dan komited terhadap amanah Allah..

Awanama berkata...

i totally agree! Allah berikan kita YB Nizar sebagai pemimpin Islam untuk terus memimpin gerakan Islam yang adil dan berhemah. Walaupun saya dilahirkan di Perak tetapi saya tidak dibesarkan di sana. Btw, im very proud to be born in perak and sharing Mentri Besar with all u guys!! InsyaAllah Yb Nizar akan menang di BG. Doa kami di KL terus untuk YB SAH YB NIZAR.

Awanama berkata...

salam..
DS Nizar ibarat munculnya pemimpin masa depan PAS komited dunia akhirat...disukai rakyat..mesra..bersih..amanah..segak..bijak..amanah..
budi tinggi , berbahasa.., bijak pidato..,serba boleh..kira macam Tan Sri P Ramlee lah...
tak tahu teman kalau orang Bukit Gantang ..buta...
mudahan Dato Nizar menang membawa amanah rakyat..

Awanama berkata...

Sama-samalah kita berdoa.. moga-moga Allah SWT membukakan hati semua penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang untuk menyokong dan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS iaitu Dato' Seri Nizar

psychedelicmundo berkata...

Salam Yb. saya harap semua pihak dalam Pakatan tidak terlalu over confident dan jangan sekali2 bercakap besar. terus kan usaha yg masing. pastikan kempen Pakatan sentiasa mengenengahkan isu2 perubahan ekonomi,politik dan sosial. bukan hamburan kutukan semata-mata pada musuh.biar kebolehan kita dinilai rakyat atas dasar kebolehan dan kemampuan. bukan semata ikut-ikutan perasaan dan trend semata2. kepada Allah jua lah hendaknya kita serah kan segala-galanya. salam dan takbir dari mahasiswa yarmouk, Irbid Jordan Allahuakbar