30 Julai 2009

Jangan Lupa Lirik ke Jangan Lupa Allah?

Oleh : Mr. President

Ramai anak-anak muda hari ini sungguh teruja dengan rancangan Janga Lupa Lirik yang sedang hangat dipertotntonkan saban hari. Tidak cukup dengan 'live', ada pula siaran ulangan, berminggu-minggu lamanya. Sehingga kita semua sanggup makan dan minum di hadapan kaca-kaca televisyen. Kerana semata-mata hendak melihat para peserta ingat ke tidak lagu tersebut.

Sungguh malang nasibnya jika tidak dapat meningati lirik lagu tersebut. Terpakasa di'kick' keluar awal-awal. Dah tu siap menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan hingga akhir.

Adakah kita juga akan menangis jika Allah lupa pada kita? Adakah kita ingat lirik lebih daripada kita ingat Allah? Menangiskah kita jika Allah humbankan kita ke dalam neraka disebabkan kita lupa Allah dan kita hanya ingat lirik semasa di dunia?

Ingatlah wahai saudara-saudara ku semua, jika kita lupa Allah, Allah lebih-lebih lagi lah akan lupa pada kita sehingga kita akan lupa pada diri kita sendiri. Apa yang hebat sangat dengan rancangan jangan Lupa Lirik sehingga kita semua teruja menontonya? Hmm...tidak ada rancangan Jangan Lupa Allah SWT ke?. Kita dilalaikan dengan agenda-agenda tersebut yang kita lupa dari meningati Allah. Sehingga kita semua boleh bercakap-cakap dan memberi komen sesama rakan-rakan di tempat kerja, di sekolah dan sebagainya. Hebat sungguh kita, tetapi kepada perkara-perkara yang meningatai Allah, kita semua diam dan segan hendak memperkatakannya.

Macam mana kita mendakwa kita ingat Allah, sedangkan kita tidak menutup aurat. Sebab Allah wajibkan kita semua menutup aurat dalam setiap apa yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri merubahnya. Anda mampu mengubahnya ke arah yang lebih baik.

5 ulasan:

Awanama berkata...

cukup tak setuju dengan rancangan tersebut...apa motif rancangan tersebut, seperti memperbodohkan minda rakyat kita

Awanama berkata...

betul tu.dalam rancangan tu pun pakaian peserta mengalahkan artis...

Teropong Rakyat berkata...

Dalam menghadirikan keIslaman dalam hati adalah peranan semua manusia. Namun bagi yang berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Mufti Negeri Perak hatta ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan sendiri adalah mengetuai urusan keagamaan.

Tidak dapat tidak lari kesemua kita bertanggungjawab dihadapan Allah s.w.t. tentang nasib umatsemasa dan generasi akan datang.

TR terasa hiba bila meneliti ucapan DYTM Raja Muda (dapat ditonton di http://www.youtube.com/user/tvperak)bila mana DYTM menekankan baginda
tidak mahu dipersalahkan oleh generasi akan datang bila baginda gagal mempertahankan hak diri seorang raja, mahupun kerajaan beraja sebagaimana amalan masakini.

Keinsafan yang dilahirkan oleh baginda pada hemat TR mencakupi kezaliman yang berlaku disebabkan ramai yang terlupa Allah. Bayangkan betapa ramai yang lupa Allah pada sidang DUN 7 Mei sehingga terjadi rampasan kuasa speaker di hadapan Mufti sendiri. Malah pada saat itu tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Mufti sendiri telah lupa ALLAH sehingga gagal menegur perbuatan sebilangan ADUN Kerajaan BN.

Dari awal kita tahu bahawa tidak dikeluarkan hukum oleh pihak berkuasa agama tentang 'merampas kuasa' yang pastinya tidak terlepas dari hukum Allah yang disifatkan meliputi kesempurnaan segenap yang Allah ciptakan. Takkan lah pulak kita nak katakan bahawa Allah 'terlupa' nak meletakkan hukum "merampas kuasa"?

Memanda Mufti harus menjawab yang ini.

Teropong Rakyat

Tidak Lupa berkata...

sebab derang perasan derang artis ..

Awanama berkata...

bodoh punya program. baik buat rancangan jangan lupa BN (Bini Najib)