03 November 2009

Kelantan Tempa Sejarah

Email : SYuN

KUALA LUMPUR – Kelantan menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun apabila menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.

Selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu, Kelantan tidak bermain secara bertahan sebaliknya tenang sepanjang perlawanan untuk mara menerusi agregat 5-1.
Mohd. Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan semalam apabila melakukan hatrik di Kangar menerusi jaringan pada minit ke-26, 53 dan 87.

Perlis yang bermain agak tertekan dan kelihatan serba tidak menjadi sepanjang perlawanan memperoleh gol saguhati menerusi Mohd. Firdaus Fauzi pada minit ke-70.
Jurulatih Kelantan, B. Sathiananthan berkata, kejayaan pasukannya adalah kerana berjaya melakukan serangan balas pantas.

“Seperti dijangka, kami sedar Perlis akan mengasak tetapi kelebihan kami ialah ketika melakukan serangan balas pantas dan itulah caranya ketiga-tiga gol kami dihasilkan,” katanya.
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti pula mengakui Kelantan layak menang walaupun tanpa Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan.

“Kesilapan kami ialah melepaskan dua gol awal menyebabkan pemain mula tertekan. Jelas Perlis tidak bermain sebaik seperti di Kota Bharu,” tegasnya.
Kali terakhir Kelantan mara ke final ialah pada 1970 tetapi tewas kepada Perak.
Lawan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November ini adalah Negeri Sembilan yang menewaskan Terengganu 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara menerusi agregat 4-1 selepas menang 1-0 di tempat sendiri, Selasa lalu.
Gol-gol Negeri Sembilan di Kuala Terengganu semalam dijaringkan Zaquan Adha Razak (m-10, 18) dan Hairuddin Omar (m-45).
Manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-35.
Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, gol awal yang diperoleh menjadi faktor utama kejayaan pasukannya.

“Kelebihan kami kerana menjaringkan gol awal dan itu memberi keyakinan kepada pemain untuk mengharungi perlawanan dengan baik,” katanya.
Bagi jurulatih Terengganu, Ken Worden, Negeri Sembilan memang berhak menang kerana bermain lebih baik.

“Di pihak kami, ketiadaan ketua pasukan, Marzuki Yusof yang digantung satu perlawanan mencacatkan kekuatan keseluruhan kami yang terpaksa mengharapkan kepada pemain muda,” tegasnya.

7 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

bola sepak kelantan diterajui oleh Anuwar Musa...BN tu


pkrpasdap.blogspot.com

Budak Pencen berkata...

Syabas kepada TS Anuar Musa dan Pasukan Kelantan kerana berjaya membawa Pasukan Kelantan kefinal Piala Malaysia.Kepada TS Anuar Musa,pastikan pemain pemain Kelantan pada kali ini tidak mengkhianati Negeri Kelantan lagi! Pada tahun 1970 Pasukan Kelantan
sepatutnya menang kerana mempunyai ramai pemain
yang mewakili Malaysia ketika menentang Perak
yg diterajui olih Ketua Pengarah Penjara pada masa itu.Pemain2 Kelantan yang menjadi tunggak pasukan saperti Penjaga
Gol,Pertahanan,midfield dan penyerang adalah
warder2.Mereka mengkhianati Pasukan Negeri mereka kerana mengejar habuan!Kalau boleh pasti
gejala ini tidak berlaku,saya yakin kekuatan pemain dan juga kepimpinan TS Anuar bolih membawa pulang Malaysia pada kali ini.

Tanpa Nama berkata...

Tulah kebijaksanaa menteri besar kelantan, dia bagi kat org BN menerajui pasukan bola sepak kelantan.
Tok Guru memberi kepercayaan kepada org BN, bermakna tok guru menolak fahaman politik demi kebaikan negeri.
dengan cara ini dapatlah kita paham yang pas tidak pernah mengetepikan org bn. X macam bn, habis peruntukan kerajaan negeri dia sekat.
busuk hati.
kalau nak cerita pasal pemerintahan di kelantan ni, mmg banyak bezalah dengan pusat. Kerajaan negeri bekerjasama baik ngan smua adun x kira pas or bn.
apapun sama2 doakan kelantan menang nanti.
Takbir!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,tahniah kpd skuad red's warrior atas kemenangan2 baru2 nie....tapi lagi manis kalu sumer pemain nya menutup sikit lagi aurat sebagai medan dakwah kepada masyarakat luar...i'allah lagi diberkati oleh allah swt..maju kelantan untuk kelantan

ibnumohd berkata...

bukti tok guru nik aziz x gila kuasa..presiden kafa pn dia serah kat pemimpin BN..xnampak lagi UM NO?

Tanpa Nama berkata...

ya minta2 kepada skuad kelate... bulue tutup aurat.. buke dunia je menang tapi akhirat pun menang ko gunoo?????? gomo kelate gomo

jagaaurat berkata...

dah melayu nama dia...memang ngong. dulu omputih pakai seluar pendek masa british army dulu, kita pun ikut.

lani duk panas2 lit2 dalam kelas ngajar budak2 kena pakai kemeja n tai, tak ke haru, omputih negeri depa sejuk, tak pelah.

banggala konon pakai seluaq pendek tu...bodoh nak mampus