02 Disember 2009

Teguran Munirah tidak tepat

Teguran Munirah Mohd Nor terhadap Mohamad Shah adalah tidak tepat. Isu yang cuba disentuh oleh Mohamad Shah ialah perkataan "bodoh dan wahai si bodoh". Kalau tak ada perkataan ini orang lebih hormati pada anak tuan guru itu.

Memadailah kalau beliau menulis - ayahanda hamba sudah letih, jangan sekat kalau dia umum mahu berhenti. Ini sudah mencapai maksud. Bagi yang cuba menghalang bolehlah ditulis begini misalnya: hamba tahu ada yang cuba menyekat niat ayahanda hamba tapi berilah peluang dia berehat pula. Dah lama dia terajui Kelantan. Kita tidak kurang tokoh pelapis yang boleh menggantinya.

Bila berdepan dengan orang lulusan agama ini saya pun naik hairan- bahasanya apakah harus totok, keras, pongah. Sedangkan bahasa Melayu itu indah, penuh kias, seninya boleh melemahkan perasaan, membangkitkan kesayuan dan menyegarkan jiwa.

Kenapakah kalau orang tidak setuju dengan kita dan tidak mahu dengar kita cakap, cepat sangat kita melatah - wahai si bangang, wahai... Apakah kerana selama ini kita anggap mudah belajar bahasa Melayu sehingga untuk menyusun ayat jelujur pun kita menjadi sukar. Sama-sama kita renungkan.

HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

iman tidak boleh diwarisi...jadi jangan lh angkuh bila berkata-kata...pena ibarat mata pedang yang amat tajam...tidak kenal musuh atau kawan...renungkalah...

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul

Tanpa Nama berkata...

wahabi