25 Jun 2010

Muslimat PAS cari jalan solat Jumaat

11 Rejab 1431 H
Oleh: Puteri Aida Haryani

Dewan Muslimat PAS menyahut saranan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya kaum wanita terlibat sama menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah lelaki di masjid-masjid.

"Muslimat (di negeri) Kelantan khususnya akan mancari jalan agar (saranan) Tok Guru Nik Aziz dapat direalisasikan," jelas exco penerangan dan dakwah dewan itu Aiman Athirah Al-Jundi.

Pada 19 Jun lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata hasrat supaya perempuan boleh bersolat Jumaat bersama-sama orang lelaki boleh dimulakan bila sebuah kompleks masjid di Bachok siap dibina tahun depan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Aiman berkata, cadangan yang diusulkan oleh Nik Aziz itu memberikan kesan yang baik.

Katanya, dalam mesyuarat bulananan dewan itu pada Julai nanti, mereka akan membincangkan dan mengenalpasti masjid yang mempunyai ruang bagi memuatkan jemaah wanita yang mahu turut serta menunaikan bersolat.

Sehubungan itu, Aiman menambah, dewan itu menyeru supaya golongan wanita turut bersama-sama menjalani ibadah berjemaah itu.

"Zaman (kita) kecil-kecil dahulu memang (wanita) sudah lazim disuruh pergi sembahyang Jumaat.

"Solat Jumaat tidak menjadi masalah bagi muslimat untuk menunaikannya," katanya.

Aiman turut berpendapat, negeri-negeri Pakatan rakyat patut memulakan usaha tersebut terlebih dahulu.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

yes berkata...

Asmkum,
Adakah negara negara Islam lain menyarankan agar muslimat mengerjakan solat jumaat?

Syed Mutalib... berkata...

yes : bukan mengambilkira negara Islam lain, tetapi mengambilkira hukum yang dibenarkan Fiqh... Nik Aziz dengan yes, siapa yang lebih berilmu..?

Adnan berkata...

Yes,

Sya tak kenal kamu, mungkin kamu tinggi ilmu agama.Tapi bagi sya TG Nik Aziz oun tinggi ilmu agamanya...bagi saya, saya lebih memilih untuk diam...dan katakan TIDAKKKK pada perkara yang jelas sejelas jelasnya mungkar.

yes berkata...

Saudara Syed Mutalib,
Sebab saya tak berilmulah saya bertanya. Kalau saya beilmu saya tak kan bertanya. Adakah saudara rasa bertanya adalah salah di dalam Islam?