25 Jun 2010

Ketiadaan gula: Rakyat jangan panik - Pemuda PAS Perak

11 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

23 Jun 2010 (IPOH) - Hasil daripada surat aduan yang di hantar oleh Pemuda PAS Perak berkaitan ketiadaan gula di pasaran, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Perak telah memberikan taklimat dan juga perbincangan bagi menjelaskan isu tersebut pada hari ini.

Haji Mokhtar Sulaiman, Pengarah telah menjemput pimpinan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Salam Saleh yang juga Naib Ketuanya. Salman yang telah mengutuskan surat aduan tersebut di jemput untuk hadir bagi membincangkan akan perkara tersebut.

Turut hadir bersama ialah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha; Zairul Azrun Zainal Abidin, Bendahari dan Mohd Hafez Sabri, Exco Pemuda PAS Perak.

Perjelasan daripada pihak Pejabat berkaitan ketiadaan gula di pasaran tidaklah membimbangkan kerana beberapa langkah-langkah penyelesaian telah diambil. Turut bersama Haji Mokhtar ialah 3 orang pegawai bagi membincangkan perkara yang menjadi isu rakyat oleh Pemuda PAS Perak tersebut.

1 ulasan:

abumuaz berkata...

Bukankah bagus sekiranya kita mogok dari menggunakan gula dan secara langsung kita akan dapat menjimatkan wang dan yang paling penting badan pastinya akan sihat.