25 Jun 2010

SUSAH SANGATKAH UNTUK BUAT PILIHAN ? INI FORMULA BUAT DR MOHD ASRI

11 Rejab 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA US (Dr) Mohd Asri diberitakan akan menyertai Umno di Bahagian Bukit Bintang, maka ianya menjadi satu topik hangat ketika ini. Mengapa isu kemasukan Dr Mohd Asri menjadi hangat dibincangkan? Beliau bukan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat cuma namanya sering disebut dan popular kerana kenyataan-kenyataan kontroversinya yang sering mendapat perhatian. Selain itu, beliau juga adalah bekas Mufti Negeri Perlis sebelum ini.

Pada pendapat saya, isu kemasukan Dr Mohd Asri ke dalam Umno yang diwar-warkan itu menjadi hangat adalah kerana umum mengetahui beliau adalah seorang Mufti yang tentunya seorang ilmuan agama. Oleh kerana beliau seorang ilmuan agama dan bekas Mufti pula, sudah tentu menjadi pelik buat kita jika beliau memilih Umno untuk berpolitik. Seandainya beliau tidak bergiat di dalam politik tidak menghairankan sangat sepertimana yang dilakukan oleh Us Azhar Idrus seorang penceramah bebas terkenal berasal di Terengganu itu.

Ulamak sebenar mestilah berpolitik kerana politik dan ugama tidak boleh dipisahkan. Tetapi, berpolitik bukan bererti mesti memegang jawatan di dalam parti. Dan, berpolitik pula mestilah berpolitik yang condong ke arah Islam. Justeru itu, sukar untuk diterima akal sekiranya Dr Mohd Asri tergamak memilih Umno jika ingin bergiat di dalam politik. Sikap menangguhkan keputusannya samada untuk memilih Umno atau tidak juga menimbulkan seribu persoalan kepada kita.

Susah sangatkah untuk memilih parti yang selaras dengan Islam? Jika Dr Mohd Asri bermasalah untuk membuat pilihan samada Umno atau PAS yang ingin dipilihnya, hanya ada satu formula sahaja buat beliau untuk menyelesaikan masalahnya.Dr Mohd Asri disarankan agar meletakkan Al-Quran di tengah, kemudiannya meletakkan Perlembagaan PAS di kanan, dan Perlembagaan Umno di kiri beliau.

Ambil sedikit masa dan rujuk kedua-dua perlembagaan parti tersebut kemudiannya bandingkan yang mana satukah paling menjurus ke arah perintah dan ajaran Al-Quran.
Selaku bekas Mufti dan ilmuan agama, tentu tidak sukar buat Dr Mohd Asri untuk membuat pilihan. Dr Mohd Asri juga boleh menilai sejarah perjuangan di antara PAS dan Umno, yang mana satukah komited dengan perjuangan mendaulatkan Islam. Kita amat bimbang Dr Mohd Asri akan terjebak dengan tipu daya mereka yang `menjual' isu ketuanan dan perpaduan Melayu untuk mempengaruhi beliau menyertai puak mereka. Dr Mohd Asri harus faham bahawa isu sekarang bukan masalah perpaduan atau Melayu, tetapi isu sekarang menjangkau lebih jauh dan lebih kritikal termasuk soal akidah, keselamatan, kezaliman dan rasuah. Mustahil beliau tidak nampak semua ini.

Akhirnya, kita berharap dan berdoa agar Dr Mohd Asri tidak terpedaya dengan helah puak-puak yang sentiasa memasang jerat untuk kepentingan puak mereka. Di saat mereka terdesak, mereka seperti menghormati para Alim Ulamak tetapi apabila mereka sudah kuat dan gagah, Alim Ulamak hanya dijadikan `tukang baca doa dan tahlil' sahaja. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Us Nakhaie dan Us Firdaus. Jangan minta nasihat Jamil Khir kerana Jamil Khir pun `disuap makan' oleh Najib.

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Membaca tulisan2 Dr. Asri dulu2 dalam utusan malaria ternyata Dr. ini berani membuat teguran secara terbuka biarpun adakalanya penanya itu tidak berterus terang siapa gerangan yang dimaksudkan.Dia juga bertanggungjawab membuat manusia berprasangka.

Tulisannya yang pedas2 buat utusan malaria panas badan lalu ditamatkan bagi melegakan suhu2 badan.

Mufti era tujuh puluhan pun tak berani menegur kemunkaran dalam keluarga inikan pula bekaas mufti yang muda belia.Antara Duit dan doa dua perkara yang berbeza, masing2 menampakkan cahaya yang gemerlapan yang gilang gemilang.

Mari kita lihat sejauhmana rentak permainan Dr Asri yang ala2 Afrika.

Peranchis pun boleh kalah inikan Perlis.

Cakap biar serupa bikin.

Satu tendangan maut boleh melakar sejarah seorang manusia.