08 Februari 2011

Ambil iktibar pergolakan di Mesir, hargai keamanan

05 Rabiul Awal 1432 H.

KANGAR - Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata, pergolakan politik yang berlaku di Mesir seharusnya menjadi iktibar kepada para penuntut supaya sentiasa menghargai keamanan.

"Mereka pastinya bersyukur apabila dapat meninggalkan negara yang bergolak akibat rusuhan dan tunjuk perasaan itu untuk menikmati kehidupan harmoni di negara sendiri," katanya.

Kumpulan pelajar dari Perlis itu adalah antara 778 penuntut dan rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Mesir dan tiba di KLIA di Sepang semalam melalui Ops Piramid.

Sinar Harian/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

Malaysia aman ke? Mati dibunuh penjenayah hari-hari, rogol hari-hari, samun hari-hari, duit rakyat kena rembat hari-hari, duit negara ditipu hari-hari. Amankah ini?