08 Februari 2011

Nik Aziz anggap Jamil Khir keliru

05 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan apabila membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Jamil Khir Baharom di dalam Berita Harian hari ini.

“Jelas beliau keliru dengan rentetan isu ini,” tulis beliau di laman twitter.

Akhbar berkenaan melaporkan Jamil Khir Baharom berkata Nik Aziz tidak perlu mengheret pihak lain, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menegakkan kebenaran memadai berhadapan dengan Mohd Noor.

“Selesai dulu dengan Mohd Noor, soal agama ini bukan kira setaraf, layak atau tidak, dia (Nik Aziz) tak perlu babitkan orang lain, Majlis Fatwa kalau minta bagi fatwa bolehlah, tapi bukan atas permintaan individu tapi Raja. Itu peraturan fatwa, kalau dia nak cabar Majlis Fatwa, maknanya dia tidak faham fungsi dan peranan majlis,” kata Jamil.

Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengingatkan bahawa bukan beliau yang mengheret nama Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi orang lain yang mencadangkan pandangannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa.

“Saya hanya menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh wartawan,” jelasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Harakahdaily/-

6 ulasan:

Abu Hasan Chan berkata...

Semenjak menunggu hampir 40 tahun untuk melihat debat Nik Aziz - UMNO menjadi kenyataan , memang saya sudah jangka UMNO akan berdolak dalih untuk berdebat.

huda alhadi berkata...

Bila pegang jawatan besar dan boleh membodek Jamil semakin bangang dan keliru, dulu masih jadi pegawai kerajaan diam-diam kagum dengan TGNA; faham dan fasih dengan teguran TGNA tapi bila dalam UMNO (Bukan 'Aamanu')suasana macam OKU jalan cerita mudah fahamanya susah. Malulah sikit kat anak-anak dan Mualim yang memeuntah ilmu kepada kita.....

Cikli berkata...

aku yang tak beli utusan pun faham isu majlis fatwa ni orang lain yang cakap nak pekena tok guru. bila tok guru kilas balik alih-alih si jamil ni macam tak pernah beli utusan pula.
betul la duit tu boleh membutakan hati dan perasaan.

Awanama berkata...

Jamil Khir ni dah lama keliru apalagi sejak jadi ahli umno-upco.

Awanama berkata...

nengokkan rambut jamil khir pun kita dah tahu,takkan la rambutnya tetap hitam,adik beradik khir toyo jugak ni makan tempe

Awanama berkata...

Jamil Khir ni g Haji baper kali?? G umrah baper kali?? tu Pun masih buta akal ka?? hahhhahha Allah bagi kenikmatan pegang TABUNG HAJI tu jaga la elok2 Khir...