10 Februari 2011

YBUDR ALAT PEMUDA UMNO PERAK: JELAS SALAHGUNA KEWANGAN YBUDR

07 Rabiul Awal 1432 H.
Oleh safarizal saleh.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin dengan andaian sebelum ini bahawa kedudukan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) telah dijadikannya sebagai alat politik Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang mana ketuanya juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR. Ianya boleh dilihat dalam satu program baru-baru ini yang telah dianjurkan atas nama Skuad Ikon Bina Upaya (IBU) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit Buntar. Bagi DPPN Pk, jelas program ini merupakan program Pemuda Umno.

Persoalan yang timbul, adakah Pemuda Umno tidak mampu menjalankan program seumpama ini atas nama mereka sendiri? Adakah program tersebut ditaja oleh YBUDR dan Pemuda Umno telah menumpang segala perbelanjaannya? Bagi DPPN Pk jelas bahawa YBUDR telah disalahgunakan oleh Pemuda Umno dan jelas YBUDR adalah alat politik Pemuda Umno. Apa yang menjadi persoalan ketika ini ialah adakah sumber kewangan YBUDR telah disalahgunakan?

DPPN Pk mendesak penjelasan YBUDR di dalam perkara ini dan mendesak agar kedudukan Khairul Azwan di dalam YBUDR dikaji semula. Jika kedudukan Khairul Azwan masih dikekalkan, DPPN Pk bimbang Pemuda Umno akan menyalahgunakan kewangan rakyat melalui YBUDR ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puak umno ni akn kebas semua harta rakyat utk diri mereka...kongsi-kongsi. Kerja takde, bisnes projek bina sekolah, pondok bas, kontrak kantin asrama dsb....dpt juta-juta..sbb tu bangunan yg dibina byk tak sempurna. PR kena lawat bangunan2 yg byk dibina skrg dan dedahkan kecacatannya.