16 November 2011

Kereta api laju China akan beroperasi semula

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING - China mengumumkan akan menyambung semula operasi 54 kereta api laju di negara itu secara berperingkat, semalam selepas perkhidmatan tersebut dihentikan berikutan nahas yang menggemparkan penduduk, Julai lalu.

Jurucakap Kemen­te­rian Kereta Api (MOR) menyatakan tempoh selama tiga bulan untuk mengubah suai dan melakukan ujian percubaan telah selesai dan segala masalah berjaya diatasi.

Perkhidmatan enam kereta api laju di laluan Beijing-Shanghai akan mula beroperasi esok.

“Jika semua berjalan lancar, semua perkhidmatan akan beroperasi seperti biasa menjelang 6 Disember depan,” menurut jurucakap itu lagi.

Insiden kemalangan dahsyat kereta api laju, 23 Julai lalu telah mengorbankan 40 penumpang manakala ratusan lagi cedera.

SINAR HARIAN/-

Tiada ulasan: