16 November 2011

Saham syraikat anak Najib menjunam 30 peratus

20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Harga saham Harvest Court Industries Bhd menjunam hampir 30 peratus pada jam pertama dagangan pagi ini, selepas Bursa Malaysia, semalam meletakkannya sebagai ‘sekuriti bertanda’.

Ini di sebalik seorang pemegang sahamnya, iaitu anak kedua Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib menafikan bahawa syarikat itu mendapat layanan istimewa daripada kerajaan.

Saham dan waran syarikat itu diniagakan pada RM1.50 dan RM1.27 masing-masing pada jam 9.50 pagi, iaitu jatuh satu pertiga harganya daripada RM2.13 dan RM1.81 yang dicatatkan semalam.

Dalam wawancara yang disiarkan di dua akhbar harian berbahasa Cina - Sin Chew Daily dan China Press - Nazifuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak terbabit dengan projek-projek syarikat itu yang bernilai RM1.2 bilion.

Projek itu diserahkan oleh Harvest Court oleh Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang mana, Nazifuddin adalah pengerusinya. Syarikat itu juga membina pusat membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu.

MALAYSIAKINI/-

Tiada ulasan: