14 November 2011

Mahkamah benarkan ADUN Kota Siputeh hadiri DUN Kedah

Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif menghadiri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang akan bersidang esok.

Keputusan itu mengketepikan penangguhan keputusan oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu.

Keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan, dua minggu lalu itu bertujuan mengelakkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah jika mahkamah mendapati Abu Hasan bukan lagi seorang ADUN.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tiga anggota panel hari ini adalah juga sebulat suara. Ia diketuai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

2 ulasan:

jarum mas berkata...

muka x tahu malu....apa kata kalau ni berlaku pada PR TEntunya umno sial akan kata hurmatilah keputusan speaker....tapi berlaku pada PR umno akan gunakan mahkamah...tersungkurlah lah whai umno pd pru nanti...allahuakbar

juragan berkata...

dasar pemalas,..dia tahu elaun je.,untuk hadiri sidang dun beberapa kali setahun pun x hadir....belum lagi nak selesaikan masaalah rakyat....penyangak umno makan gaji buta..ketua hakim malaya balaci umno..