14 November 2011

Pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukanya makan nasi

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media

Isu wang berjumlah lebih RM250 juta yang telah disalah guna oleh Sharizat Abdul Jalil perlu kepada perhatian wajar, mana-mana wang yang disalurkan untuk projek kroni (NFC) milik keluarga shahrizat jalil langsung dibisukan tanpa sebarang ulasan oleh PM Najib.

Jelas sekali wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin haprak BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramia rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup.

Ironinya penjelasan Sharizat Abdul Jalil bahawa keluarganya berhak mendapat projek mega berkenaan, dan ini sedikit sebanyak telah menzahirkan bahawa pemimpin BN ini kurang bijak, malah lebih dahsyat dari itu mereka (BN) tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak.

Sudahlah projek dana awam ini terbengkalai dengan menanggung kerugian, lebih menyedihkan rupa-rupanya keadaan sebenar lebih teruk dari sangkaan, dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan ternakan lembu, kini digunakan pula untuk membeli kondo mewah bernilai jutaan ringgit.

Mungkinkah lembu-lembu yang diternak di Malaysia sudah ada yang berkelulusan tinggi sehingga layak tiggal di kondo mewah ?

Disini kita boleh lihat bagaimana jelas pemimpin BN tidak bijak mentadbir negara, bukan sahaja tidak bijak, mahu perbodoh rakyat pula dengan memberikan rasionalisasi yang langsung tidak masuk akal bila sesuatu skandal didedahkan.

Mejoriti rakyat mahukan perubahan kepimpinan Negara, tetapi Umno-BN yang mahu terus berkuasa walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah melakukan stategi politik yang paling jijik di dunia.

PRU 13 semakin hampir, disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama hari ini menyusahkan rakyat, realiti ini terbukti kerana pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukanya makan nasi .

Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 14 Nov 2011

2 ulasan:

DATO LEE berkata...

SEMAKIN BANYAK KRONI SEMAKIN BNY DUIT YG BOCOR..SEMAKIN RAMAI OG YG SUKA..suka..suka..
SUKA NGATA..
SUKA PEGHABIH..
SUKA..BODEK..
SUKA..HABAQ..
SUKA.TUMPANG..
SUKA LOYAR BURUK..dan yg paling suka..SUKA PEMOHONG..NAK PEBETUI PEMOHONG..NAK TUTUP PUN KENA PEMOHONG..YG KENA MOHONG TU IALAH YG NAK KENA P MENGUNDI..GENG PEMOHONG..GAK..

jarum mas berkata...

hello ustad idham..mereka ni bukan bijak mentadbir negara..bijak mereka...tapi nafsu serakah mereka untuk memperkayakan dirinya