14 November 2011

PAS terus tuntut pilihan raya bersih

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat sedang memerhatikan tuntutan Bersih 2.0 secara serius kerana kerajaan belum menunaikan tuntutan tersebut, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara tuntutan berkenaan akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan berwibawa.

“PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya,” kata ahli Parlimen Marang itu.

Menurutnya, sehingga hari ini semua tuntutan Bersih belum lagi ditunaikan. Pada 7 Julai lalu, Bersih yang disokong parli politik pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan besar-besaran mendesak mengadakan pilihan raya bersih dan adil.

Abdul Hadi berkata, kerajaan Barisan Nasional agar tidak mengambil jalan mudah melakukan apa sahaja yang menyalahi peraturan demokrasi.

Katanya, ‘gelombang’ perubahan rakyat tidak boleh dihalang sebagaimana yang telah berlaku di seluruh dunia hari ini.

“Barisan Nasional jangan merasa jalan mudah untuk mereka membuat apa sahaja. Mereka sepatutnya mempelajari daripada cetusan perubahan yang berlaku di seluruh dunia hari ini terhadap negara yang menyalahgunakan demokrasi.

“Gelombang tidak boleh dihalang jika berlaku dan PAS tetap mahukan supaya kepimpinan negara yang ada melakukan sesuatu yang terhormat
mengikut cara Islam yang sesuai dengan demokrasi barat, demokrasi yang diamalkan.

“Kita (PAS) mahu pemimpin bermaruah. Jika melakukan kesilapan bukan sahaja sanggup ditolak oleh rakyat melalui pilihan raya yang adil, termasuklah meletakkan jawatan,” ujarnya. FMT/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang xbermaruahtu pimpinan pas n d gang