14 November 2011

Monti ikrar segera bentuk kerajaan baru Itali

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ROM: Perdana Menteri baru Itali yang juga ahli ekonomi, Mario Monti berkata beliau akan segera bekerja untuk membentuk kerajaan baru dengan memberi jaminan memulihkan kembali krisis kewangan Itali.

Bercakap kepada pemberita lewat malam tadi, Monti berkata beliau akan menjalankan tugas itu dengan "penuh tanggungjawab dan berkhidmat untuk negara."

Katanya, Itali mesti pulih daripada krisis kewangan dan kembali mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik kerana pemimpin hari ini bertanggungjawab melaksanakan untuk masa depan genarasi akan datang.

Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) itu menerima mandat rasmi daripada Presiden Giorgio Napolitano untuk mengetuai pembentukan kerajaan baru Itali.

Monti mesti membariskan Kabinet barunya, memberi tumpuan kepada tugas utamanya dan mencari sokongan kuat di Parlimen supaya kerajaan pimpinannya lebih efektif.

Monti menggantikan Silvio Berlusconi yang meletakkan jawatan, Sabtu lalu. - AP

Tiada ulasan: