14 Disember 2011

Adun peka situasi rakyat tidak kira masa

18 Muharram 1433H. [MOD] -

GUAL IPOH – Peka dengan masalah dan musibah menimpa membuatkan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa meluangkan masa melawat keluarga mangsa kemalangan yang membabitkan Allahyarham Mohamad Aiezat Sharifudin, 21, dekat Kampung Jerangau.


Wan Yusoff berkata masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berkunjung dan menziarahi semua penduduk di Dun Gual Ipoh yang sedang dalam kesusahan dan ditimpa musibah.

Menurutnya, ia tanggungjawab pihaknya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan bertanya khabar keluarga mangsa.

“Turun padang lebih berkesan di mana kita dapat berjumpa dan mendengar sendiri isi hati penduduk yang sedang bersedih atas kehilangan anak tersayang ini.

“Kita hanya mampu beri sokongan dan nasihat agar tidak bersedih dengan kejadian menimpa dan anggaplah ia satu ujian yang perlu ditempuh setiap insan dengan sabar.

“Keluarga mangsa sedang melalui detik-detik sukar jadi kita ambil kesempatan ini untuk menjenguk dan hulurkan sedikit bantuan,” katanya.

Turut hadir ketika kunjungan tersebut, Mukim Jerangau, Ahmad Jusoh.

Wan Yusoff berkata, amalan berkunjung memberikan kesan positif kepada keluarga mangsa kerana mampu menghilangkan kesedihan mereka dan ia merupakan tanggungjawab masyarakat setempat yang perlu dilaksanakan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: