14 Disember 2011

Fokus resipi kejayaan

18 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Minat terhadap sesuatu bidang yang diceburi menjadi pemangkin kejayaan buat Siti Nuraisah Ezyana Abdul Hamid meraih Anugerah Graduan Cemer­lang sempena Majlis Konvokesyen Pusat Pemban­gunan Tenaga Industri Johor (Puspatri) 2011 di Persada Johor, di sini, kelmarin.

Gadis berusia 26 tahun dari Rawang, Selangor, itu berjaya dengan cemerlang dalam bidang Safety and Health Officer Sesi 2/2010 bagi Sijil Lepasan Siswazah.

Lebih membanggakan, beliau yang kini menjawat jawatan pegawai Quality, Safety, Health and Envir­onment (QSHE) di syarikat di Petaling Jaya, Selangor turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Aircraft Maintainance En­gineering (Turbine) dari University of Glamorgan, Wales, UK.

Menurutnya, faktor persaingan dalam pekerjaan yang kian mencabar di kalangan graduan menyebabkan dia menyambung pelajaran di peringkat kemahiran walaupun sudah mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda.

“Saya menyambung pelajaran di luar negara selama tiga tahun, namun masih merasakan tidak mencukupi walaupun sudah memiliki ijazah sarjana muda.

“Sebaik sahaja pulang ke tanah air, saya mengambil keputusan untuk mengikuti bidang Safety and Health Officer di Puspatri.

“Keputusan ini dibuat kerana melihat persaingan alam pekerjaan yang amat sengit di kalangan masyarakat khususnya graduan. Jadi saya mahu lebih (extra) dan Alhamdulillah ia tercapai dengan sijil kemahiran ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu turut mengakui latihan yang diikuti sepanjang berada di Puspatri bukahlah mudah, namun semuanya dapat diatasi atas minat dan fokus terhadap bidang dipilih.

Sementara itu, graduan Cemerlang Pembangunan Aplikasi Pengaturcaraan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Muhammad Afiq Rohata, 23, mengakui penyertaannya dalam Puspatri selepas tamat sekolah menengah adalah satu tindakan berbaloi.

“Selepas tamat sekolah menengah dan memilik kelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), saya sempat kerja kilang sekejap sebelum menyertai Puspatri.

“Ibu saya merupakan ibu tunggal selepas ayah meninggal dunia pada tahun 90an. Melihat kepada peluang untuk meraih ilmu dan kemahiran di Puspatri, saya sertainya dengan harapan mahu membeli nasib keluarga dengan meraih pekerjaan yang baik menerusi sijil diterima,” katanya.

Menurutnya, dia juga berhasrat untuk meneruskan pengajian di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) sekiranya mempunyai rezeki.

Sinar Harian

Tiada ulasan: