14 Disember 2011

Masjid Dibakar Puak Pelampau

18 Muharram 1433H. [MOD] -

BAITULMUQADDIS: Polis Israel mengesahkan bahawa sebuah masjid yang terletak di tengah bandar di sini sengaja dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada Rabu.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata terdapat grafiti yang ditulis dalam bahasa Hebrew ditinggalkan di bahagian masjid yang tidak digunakan.

Ia mencadangkan perbuatan tersebut berkemungkinan dilakukan oleh puak pelampau Yahudi.

Pihak tentera Israel juga mengesahkan bahawa terdapat kenderaan yang turut dibakar dan graviti yang berunsurkan kebencian juga dapat dilihat di bandar Nablus dan Qalqilya di Semenanjung Gaza.

Kejadian terbaru itu hanya berlaku sehari selepas pelampau Yahudi memecah masuk pusat tentera Israel di Semenanjung Gaza yang menyebabkan berlaku kebakaran dan mencederakan pegawai kanan tentera.

Kejadian ini juga mencetuskan dakwaan bahawa kerajaan Israel tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap puak pelampau tersebut. - AP

Tiada ulasan: