21 Disember 2011

Dakwat kekal, Pelbagai alasan seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh.

25 Muharram 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Isu dakwat kekal ini telah mencetuskan pelbagai kisah yang menarik dan tidak kurang juga yang melucukan, isu ini juga telah membuatkan Umno hilang kewarasan nya.

Selain itu NGO tegarnya iaitu PERKASA yang mana tindakan mereka telah menjelaskan terhadap kita betapa mereka hilang akal apabila timbul ura-ura SPR mahu menggunakan dakwat kekal menjelang PRU 13 tidak lama lagi.

Perkasa memberi amaran, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi. Katanya lagi penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Sebenarnya langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Pelbagai alasan yang langsung tidak kukuh dikemukakan oleh mereka kononnya bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat, Umno-BN dalam hal ini seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh.

Rakyat ternanti-nanti bilakah agaknya kerajaan mahu mengorak langkah untuk ke arah perubahan, walaupun cuma satu harapan iaitu pelaksanaan dakwat kekal.

Memandangkan negara-negara yang lebih "hebat" suasana sosiologinya seperti di beberapa negara di timur tengah dan Asia Tenggara telah pun menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihanraya mereka.

Namun apabila sampai kepada batang hidung kumpulan pro Umno, penggunaannya terus dikatakan ketinggalan zaman, alasannya pula tidak dihuraikan lanjut secara hujjah yang bernas.

Baru-baru ini blogger tegar Umno yang dikatakan "kebal" perundangan, iaitu papagomo telah menerbitkan satu video mengenai tutorial menghilangkan palitan dakwat kekal dijari, ini juga satu lagi usaha Umno bagi menimbulkan keraguan rakyat.

Saya katakan begitu kerana ia dirakam secara potong-potong dan edit semula sebagaimana yang dikatakan lima minit itu, mungkin juga dakwat itu telah dicampur dengan bahan lain yang boleh menghilangkan keasliannya, jika tulisan dalam blognya boleh dicampur dengan unsur fitnah, inikan pula dakwat miliknya, sudah pasti amat mudah dicampur dengan unsur lain.

Umno sejak tahun 90-an lagi, sememangnya telah menjadi ejen pembunuh harapan rakyat, justeru "pembunuh" sebegini perlu ditukar segera demi menjaga kestabilan negara yang tercinta ini.

Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa harapan rakyat tidak mati begitu sahaja, buktinya boleh dilihat di empat buah negeri yang ditadbir Pakatan, ini komitmen yang perlu dinilai seadilnya, saya boleh gambarkan betapa Malaysia boleh cemerlang dibawah pentadbiran Pakatan, anda? buktinya di PRU 13 nanti.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 21 Disember 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok sangatlah kalau orang melayu penyookng umno,,,makcik pak cik felda tak keluar ngundi....