21 Disember 2011

Radioaktif Jepun cemar Pasifik

25 Muharram 1433H. [MOD] -

TOKYO: Selepas Perdana Menteri Jepun mengisytiharkan malapetaka nuklear di Fukushima terkawal Jumaat lalu, akhbar Jepun, Asahi Shimbun, mendedahkan sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel bahan radioaktif strontium memasuki Lautan Pasifik, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk dalam sejarah.

Menurut penyelidikan bebas Greenpeace, kerajaan dan penyelia utiliti tidak melindungi orang awam daripada pencemaran radioaktif berbahaya kerana makanan laut di Pasifik masih dijual tanpa label di Jepun dan di pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat meskipun satu perjanjian rahsia dimenterai antara Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda.

“Sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel radioaktif strontium bocor ke Lautan Pasifik sejak bencana Mac lalu di loji jana kuasa nombor 1 Fukushima, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk di dunia,” kata akhbar Asahi Shimbun.
Strontium yang meresap ke dalam tulang akan menyebabkan kanser tulang dan leukimia.

Pakar kesihatan menggesa tinjauan meluas jumlah strontium yang tersebar supaya langkah dapat dibangunkan bagi menguruskan masalah itu.

“Oleh kerana strontium wujud dengan cesium, isi padunya dianggarkan kurang 10 peratus daripada cesium, tinjauan dilakukan untuk menyekat isi padu strontium dalam hidupan marin.”

Agensi perikanan menjalankan tinjauan persampelan untuk menilai bahan radioaktif yang berkumpul dalam hidupan marin.

Laporan sebelum ini menyatakan, bahan radioaktif dalam makanan laut adalah rendah, satu rumusan mengelirukan menurut Satoshi Katayama, seorang profesor dalam ekologi sumber marin di Universiti Tohoku.

Katayama berkata, “Strontium dengan mudah berkumpul dalam haiwan, walaupun kandungannya rendah.”

Bulan lalu, jurukempen Greenpeace di Laut Jepun Wakao Hanaoko, mengambil sampel makanan laut darilima rangkaian pasar raya, Aeon, Ito Yokado, Uny (Apita), Daiei dan Seiyu. Daripada 75 sampel, radioaktif cesium 134 dan 137 dikesan dalam 27 sampel.

“Walaupun berada di bawah paras dibenarkan, makanan laut tercemar masih mewakili satu risiko kesihatan, terutama kepada wanita hamil dan kanak-kanak dan meletakkan mereka yang jauh dari Fukushima kepada risiko kerana makanan laut dihantar ke pasar raya meluas.” – Agensi

1 ulasan:

Unknown berkata...

Ariff Alfian Rosli terus diburu oleh pihak media dari seluruh dunia...

Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/12/isu-panasss-arif-alfian-rosli-terus.html